berita

Bantuan Khas Covid-19 Buat Rakyat Malaysia Cecah RM1,300 & Pengeluaran i-Citra Sehingga RM5k

June 28th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebentar tadi Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin membuat pengumuman khas berkenaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Menerusi pengumuman tersebut, terdapat beberapa insentif yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan beban yang ditanggung rakyat berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Bantuan Khas Covid-19

Mahiaddin menjelaskan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan diberikan berdasarkan beberapa kategori yang telah ditetapkan.

1.-Isi rumah kategori miskin terima RM500 pada Ogos, RM500 pada November, dan RM300 pada Disember. Individu bujang kategori miskin tegar RM200 pada Ogos dan RM300 pada November.

2. Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan Disember. Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos.

3. Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos nanti.

Bagi mereka yang kehilangan kerja berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau PERKESO dalam tahun 2021, penerima akan menerima bantuan sebanyak RM500 dan akan mula dikreditkan bermula Oktober 2021.

Pelaksanaan i-Citra dan moratorium bayaran balik pinjaman bank

Sekadar gambar hiasan

Pada masa yang sama, bagi meringankan beban kewangan ahli KWSP yang terjejas akibat PKP, KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra. Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Penangguhan pembayaran

Foto: MalayMail

Manakala bagi peminjam pendidikan, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran antaranya:

  1. Memberikan moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam-peminjam PTPTN
  2. Menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah JPA dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima Biasiswa Persekutuan sehingga enam bulan.
  3. Menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah 100 ringgit selama 12 bulan.
  4. Menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama tiga bulan.

SKIP THIS AD ×