berita

Nak Pergi Bercuti? Jom Ke Hong Kong Musim Sejuk Ni! Ada Banyak Benda Best Korang Boleh Buat

October 19th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Musim cuti persekolahan dan akhir tahun hampir tiba. Mesti ramai dalam kalangan korang dah merancang nak pergi bercuti kan? Hmm.. Kalau korang masih tak tau nak pergi mana, apa kata korang pergi bercuti ke Hong Kong. Ada banyak aktiviti menarik yang korang boleh lakukan musim sejuk ni tau!

Haa.. Tak percaya? Ni kami share sikit tempat-tempat menarik yang korang boleh lawati. Makanan halal pon dah mudah didapati tau!

Bersuka-ria dengan family di taman tema. Ada banyak aktiviti menarik!

Hong Kong Disney Land

Siapa je yang tak tau tentang Disney Land, sebuah taman tema yang penuh dengan warna-warni dan karakter kartun yang terkenal seperti Mickey, Minnie, Donald, Daisy, Goofy, Pluto, Chip ‘n’ Dale dan banyak lagi. Kalau korang nak bercuti dengan famili dan kawan-kawan, Hong Kong Disney Land merupakan tempat yang wajib korang lawati.

Sempena cuti musim sejuk dan kedatangan tahun baru ni ada banyak aktiviti yang korang boleh lakukan. Antaranya korang boleh merasai pengalaman sambutan Krismas dengan karakter-karakter kartun Disney ni. Korang juga boleh tengok karakter-karakter ni berarak sambil melakukan pelbagai persembahan untuk menghiburkan orang ramai. Selain tu, Hong Kong Disney Land Resort turut mengadakan Christmas Ball With Mickey and Friends bolehlah korang layan muzikal.

Tak meriahlah Krismas tanpa salji kan? Haa.. di Disney Land Hong Kong ni, korang akan merasai sendiri pengalaman tu tau. Sebab akan ada salji tiruan di taman tema, selain dekorasi Krismas yang akan menghiasi setiap kawasan di situ. Korang boleh juga main salji dekat Magical Twilight Snowfall. Seronoknya!

Rasai pengalaman baru di perkampungan salji, Ngong Ping 360

Korang tak pernah rasai pegalaman bermain salji? Di Hong Kong ni, korang boleh rasai pengalaman ni. Dengan sambutan Krismas yang semakin hampir Ngong Ping 360 sebuah kawsan yang terkenal dengan kereta kabelnya akan bawakan korang pengalaman baru iaitu merasai perkampungan salji dan banyak lagi aktiviti outdoor yang menarik.

Kalau korang ke Ngong Ping 360 dari 1 Disember 2018 sehingga 1 Januari 2019 korang boleh merasai sendiri pengalaman ni. Korang boleh buat aktiviti meluncur salji, outdoor ice-skating dan banyak lagilah. Jangan lupa untuk terokai keajaiban Lantau dan keindahan salji putih juga tau. Mesti jadi pengalaman indahlah.

Tempat ni sesuai sangat untuk korang abadikan kenangan dengan mengambil gambar yang cantik bersama yang tersayang.

Waktu menyaksikan salji di Perkampungan Ngong Ping

Tarikh                 : 1 Disember 2018 – 1 Januari 2019

Tempat               : Village Square dan Square di Ngong Ping Village

Waktu                 : 12.45, 14.30 Isnin-Jumaat (20 minit setiap sesi)

                               12.45, 14.30, 16.00 hujung minggu (20 minit setiap sesi)

The Peak

Merupakan puncak tertingg di Hong Kong, tempat ini merupakan kawasan kejiranan yang paling eksklusif sejak zaman kolonial lagi. Kerana kawasan ini berada di puncak dan suhunya yang sejuk telah menjadi tarikan kepada golongan bangsawan dan terkenal ketika itu.

Namun sekarang, ramai pelancong ke sini untuk menikmati keindahan bandar Hong Kong. Untuk ke The Peak ni, salah satu cara ialah korang bole menaiki tram. Tram ini akan naik sehingga 396 meter dari aras laut. Kecuramannya membuatkan korang rasa macam korang tengan bersandar tau. Korang juga akan merasai ilusi visual semasa turun daripada kawasan ini. So, kalau korang gayat jaga-jaga okay!

Pertunjukkan lampu yang menakjubkan!

Hong Kong Winter Light

Kredit T.Wong

Kredit R Cheung

Hong Kong ni memang terkenal dengan pertunjukkan lampu terutamanya semasa musim perayaan. Tahun ni seperti kebiasaanyanya, bandaraya Hong Kong akan dilimpahi lampu-lampu yang indah. Pertunjukkan lampu ini akan diadakan pada 29 November sehingga 1 Januari 2019.

Dalam pada masa yang sama, International Light Art Displays akan turut diadakan di mana ia melibatkan seni tempatan dan antarabangsa yang boleh beroperasi pada waktu malam dan siang. Ada macam-macam tema akan dipersembahan, kalau korang nak tau korang kenalah datang Hong Kong!

Symphony of Lights

Satu lagi tarikan lampu yang korang boleh saksikan ialah Symphony of Lights. Pertunjukan multimedia ini telah dipersembahkan di pelabuhan Hong Kong sejak tahun 2004 lagi dan telah dikenali sebagai salah satu pertunjukan cahaya yang menakjubkan di dunia dan menjadi salah satu mercu tanda di Hong Kong sendiri.

Tak tau nak makan apa? Jangan risau ada banyak tempat menyediakan makanan halal.

Stigma yang selalu bermain di fikiran orang kalau ke Hong Kong ni ialah susah nak cari makanan halal. Betul ke? Hmm…

Sebenarnya korang silap, kalau korang nak tau sekarang semakin mudah tau nak cari makanan halal. Salah satu tempat ialah di Tong Chong Street Market, kat sini terdapat gerai yang menjual makanan halal dan vegetarian. Korang juga boleh rasa makanan asli kat Hong Kong tau, orang kata kalau nak rasa makanan tempatan lagi best kena rasa street food dia.

Tong Chong Street Market ni terkenal kerana menjual makanan yang segar dan terdapat banyak makanan, resepi dan tips masakan yang korang boleh dapat kat sini.

Sempena tahun baru ni Tong Chong Street Market akan mengadakan acara masakan yang akan disertai oleh 40 buah gerai. Kalau korang nak ke sini, street market ni terletak di Taikoo Place dan akan beroperasi setiap hari Ahad mulai 4 November  2018 sehingga 17 Februari 2019. Terdapat 3 acara yang akan berlansung pada hujung tahun ni tau, iaitu Coffee Festival pada bulan November, Snowy Christmas pada Disember dan Eating Healty pada tahun hadapan.

Jangan lepaskan peluang berhibur di Festival Muzik terkemuka!

Haaa… Kalau korang ke Hong Kong hujung tahun ni. Korang dapat menyaksikan tiga muzik festival yang popular iaitu, Clockenflap, ALTN8 dan Mnet Music Awards. Ni details festival tu, mana tau korang boleh jumpa artis pujaan korang kat sana. Bestnya!

Clockenflap

Tarikh : 9 – 11 November 2018

Lineup:
Jumaat        : Interpol, Anpu, Peking Duk, Mija, Shame, Bodega

Sabtu           : David Byrne, Caribou, Amadou & Mariam, Rhye, Alvvyas, Blawan, GDJYB

Ahad           : Khalid, The Vaccines, Wolf Alice, Cornelius, Eats Everything, Roni Size, Swindle

ALTN8

Tarikh : 24 November 2018

Lineup:
Roman Flugel, Extrawelt, Jacques Greene, Leon Vynehall, Rival Consoles, Britta Arnold, Sven Dohse, Ocean Lam, Fergus Heathcote, Jeremy Cheung, Taku Hirayama, Rifain, Sophie Mackaill dan ramai lagi

Mnet Asian Music Awards

Haa..Rasanya ramai yang tunggu ni kan, sebab acara ni membariskan banyak artis terkemuka daripada Korea Selatan.

Tarikh: 14 December 2018

Jom Discover Hong Kong musim sejuk ni!

Banyak juga sebenarnya tarikan yang menarik kat Hong Kong ni kan? So, korang kalau tak rancang lagi percutian untuk hujung tahun ni dah bolehlah book flight tiket dan rancang perjalanan ke Hong Kong. Have fun travel korang. Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang Hong Kong ni korang boleh klik je kat sini.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×