Berjumpa dengan seseorang individu yang kita kagumi merupakan momen yang paling indah dalam kehidupan. Mana taknya, individu tersebut sudah berada di depan mata dan lebih teruja, beliau sudi bergambar bersama. Bestnya!
Artikel berkaitan: ‘From No Bulu, Sampai Berbulu Until Tanggal Bulu’ – Kapsyen Lucu Chong Wei Buat Netizen Terhibur
Artikel berkaitan: Terpengaruh Dengan ‘Panic Buying’, Cerita Lee Chong Wei Ini Bikin Netizen Geli Hati
Di Instagram, Erra Fazira memuat naik foto bersama Datuk Lee Chong Wei. Menurut Erra, dia teruja dapat berjumpa dengan pemain badminton nombor satu negara itu.
Saya jadi jam
Throwback! Saya ni peminat Datuk Lee Chong Wei. Tapi bila dia main kat court sebelah, saya jadi jam! Nak pukul bola pun tak kena. Acanner tu? Buat malu je Fazira ni. Nak ambil gambar pun saya malu. Nasib baik la ada kawan yang memang sejenis bulldozer. Saya orang terakhir dapat bergambar dengan beliau! Nasib baik ada mask dapat la cover muka ku yang dah macam belacan kena bakar. Malu wey, siapa yang kenal saya, tahu lah betapa pemalunya saya, terutama towards someone yang saya admire. Anyway DLCW i just want to say, Thank you and congratulations on all your achievements throughout all the years. You definitely have made us all proud.
Menerusi perkongsian Erra, dia muat naik foto ‘throwback’ bersama Datuk Lee Chong Wei. Tambahnya, pemain badminton tersebut bermain badminton di sebelah gelanggangnya pada waktu itu. Oleh itu, dia berasa malu untuk bermain memandangkan idola kegemaran ramai itu berada di sebelahnya. Ujar Erra lagi, dia turut berasa segan untuk bergambar dengan wira negara itu. Di akhir perkongsian, Erra mengucapkan ucapan terima kasih dan tahniah di atas kejayaan Lee Chong Wei sepanjang tahun.
Bestnya dapat sebelah court
Rata-rata netizen meninggalkan komen bahawa Erra seorang yang beruntung kerana dapat berjumpa dengan Lee Chong Wei di sebelah gelanggang badminton. Malah, peminat Erra turut meluahkan perasaan mereka semasa kali pertama berjumpa artis kesayangan mereka itu.
Sumber: Erra Fazira