Sebaik sahaja Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai semalam sehingga 31 Mac 2020 ekoran membendung penularan wabak COVID-19. Segelintir rakyat Malaysia, masih berpusu-pusu memenuhi pasar raya untuk membeli barangan keperluan mereka.
Menerusi Instagram Datuk Lee Chong Wei, pemain badminton itu berkongsi satu kisah di mana masih ada masyarakat yang panik dan membeli barang keperluan melebihi daripada kuantiti yang mereka perlukan. Malah, individu tersebut juga kelihatan berebut-rebut ketika hendak mengambil trolly. Sumpah kelakar!
Virus mudah merebak
Sekadar gambar hiasan
Dua hari lepas, ada khabar angin restriction order berkenaan coronavirus ni. So Mew Choo pon suruh pergi beli ape yg patut untuk 2 minggu ni. Wife add maths lagi terrer, so ikot shopping list wife. Family 4 orang, ayam 5 ekor, beras 1 bag, sayur 2 minggu, Maggie 2 pack, telor 2 dozen, buah, toilet paper 1 bag.
Tapi time I sampai supermarket, aduhai! Ramainyer auntie2 makcik2, macam lumba marathon trolly! Kalah Khalid Jantan! Nasib baik sempat lagi kumpul shopping list wife. Tapi toilet paper I terlambat. Ternganga I tengok mamat depan I tapao 10 bag tisu jamban! Banyaknyer jubur dekat rumah.
Datang suatu suara menyeru dari belakang, ”Lee, nah amik bag ni. I terambik 2. Tadi tgk sumer rebut tapao wa pon terikot amik extra, ntah kenape, bukan I pakai untuk basuh pon!“ Dia Nazir, sahabat yang tinggal berhampiran. Kita tergelak and catch up sket. Selepas tu, makin ramai gangster trolly serbu, I pon terus cabut, sebab I tau virus ni merebak mudah.
Jangan cemas
Sekadar gambar hiasan
Kawan sekalian, saya berharap agar jangan cemas menghadapi krisis ini. Simpanlah makanan tapi berpatutanlah bilangannya. Dan I minta tolong semua duduk di rumah jgn keluar sementara ni. Jangan balik kampong macam cuti raya. Ko mungkin ok, tapi yg mati nnt orang tersayang.
Percayalah, mimpi ngeri ini akan berakhir. Jangan panic. Kita warga Malaysia tak kira bangsa dan agama berganding bahu, bertolak ansur, tolong menolong, hari itu akan sampai dengan lebih cepat. Kepada frontliners, para doctor, missi, kakitangan hospital dan juga cashier pasaraya yang terus berkhidmat dalam masa ini. Terimalah tunduk kehormatan dari saya! Cara paling baik kita membalas budi dan bersumbang, is to #STAYHOME
Sumber: Datuk Lee Chong Wei