berita

Nak Sewakan Bilik Kat Rumah Korang? Ini Antara Manfaat Yang Penyewa Selalu Cari

December 17th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Setiap seorang daripada kita mesti ada ‘goals‘ dalam hidup kan? Salah satu daripadanya adalah memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah dalam tempoh tertentu. Bagi yang tahu tentang pelaburan, korang memang untung sebab dalam diam ia boleh menjana pendapatan pasif!

Macam mana? Dengan teknik beli rumah kemudian disewakan, dari situ boleh tampung bayaran bulanan rumah korang pada bank. Silap haribulan, ada lebih buat belanja lagi. Bijak kan? Apa yang korang perlu lakukan selepas beli rumah hanyalah cari penyewa…

Tapi, sebelum sewakan, korang kena teliti dulu apa manfaat yang penyewa selalu cari. Sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam ‘melariskan’ rumah atau bilik sewa korang tu. Kat bawah ni antara kriteria-kriteria yang penyewa selalu cari…

1. Kelengkapan rumah lengkap atau separa lengkap

Hal ini sebenarnya sangat memudahkan penyewa. Sebab apa, diorang hanya perlu datang bawa pakaian je pada hari pertama menyewa! Ada katil, kipas, almari dan beberapa kelengkapan asas rumah yang lain pun dah memadai!

Kalau korang tambah kelengkapan lain seperti aircond, permainan seperti PS4, mesin pengering, siaran TV berbayar secara percuma dan macam-macam lagi kemudahan, lagi best! Mesti berebut orang nak sewa nanti!

2. Berdekatan pengangkutan awam

Bilik sewa atau rumah yang dekat dengan pengangkutan awam seperti LRT, bas dan teksi ni memang laku dan ramai orang nak sewa. Ia memudahkan penyewa, senang nak pergi kerja, kolej dan bergerak ke mana-mana!

3. Jumlah deposit yang berpatutan, lagi sikit lagi bagus

Kalau biasa korang cari bilik atau rumah sewa, berapa deposit pemilik rumah tu mintak? Admin pernah nampak 3+1, 2+2 which is pada admin tinggi sangat tu! Orang yang menyewa ni kebanyakannya golongan sederhana jadi tak semua orang ada duit sebanyak tu bila nak mula menyewa…

Lebih baik korang letak jumlah deposit paling berpatutan seperti 2+1 atau 1+1… Laku rumah korang orang nak sewa. Kalau korang boleh bertolak ansur dengan penyewa supaya bayar ansur-ansur, laagi diorang suka! Tapi, berhati-hati, jangan kena tipu pulak!

4. Dilengkapi kawalan keselamatan

Zaman sekarang ni kes jenayah makin menjadi-jadi. Kes pecah rumah pun banyak dilaporkan kat TV, jadi kawalan keselamatan kat kawasan rumah sangat penting. Sebab itu, ia menjadi salah satu kriteria rumah atau bilik yang biasa penyewa cari.

Kalau tiada rondaan setiap malam pun, khidmat pengawal keselamatan kat depan pintu masuk pun dah cukup. Setidak-tidaknya ada laporan pelawat masuk dan keluar setiap masa…

5. Diberikan kebenaran untuk memasak

Bila duduk rumah sewa terutamanya mereka yang baru kerja atau masih belajar, mesti nak saving tiap bulan kan? Salah satu cara nak berjimat adalah dengan memasak di rumah. Kalau korang tak benarkan penyewa masak dan sediakan peralatan asas memasak seperti dapur dan gas, susah sikitlah…

6. Dapat parking sekali

Bagi siapa yang ada kereta, parking sangat penting. Kalau takde parking dalam kawasan rumah, takkan nak parking kat luar. Apa-apa jadi kat kereta pun kita tak tau. Keselamatan tak terjamin…

Nak sewa parking dengan pihak pengurusan pulak, mesti mahal. Jadi, kalau sewa sekali dengan parking, mesti berebut orang nak sewa!

7. Rakan serumah yang dipercayai, bertanggungjawab dan pembersih

Penyewa sangat mementingkan rakan serumah yang lain, sama ada pembersih, bertanggungjawab dan sebagainya. Diorang pun nak duduk lama, jadi keselesaan itu menjadi satu keutamaan. Takkan diorang nak duduk serumah dengan orang yang pengotor, rumah tak kemas, sampah tak buang?

Sebagai pemilik rumah, korang patut selalu buat rondaan kat rumah sewa korang tu sekurang-kurangnya sebulan sekali. Pastikan diorang menjaga kebersihan dan kelengkapan rumah diguna dengan sebaiknya. Jadi penyewa seterusnya tak ragu-ragu nak sewa!

8. Ada WiFi

Satu lagi sebab kenapa rumah atau bilik sewa dipilih penyewa pada masa sekarang adalah kerana rumah tu dilengkapi WiFi dengan kelajuan yang pantas. Bagi pelajar, WiFi sangat penting untuk diorang supaya boleh siapkan assignment, layan game online dan sebagainya…

Bukan pelajar je, orang yang dah bekerja pun suka kalau rumah sewa tu ada WiFi. Balik kerja  boleh hilangkan penat bermain mobile gaming atau streaming video kat YouTube, layan Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Jimatlah data internet diorang. Jadi, pasanglah WiFi kat rumah sewa sebab sekarang ni ia satu keperluan!

Nak dapatkan perkhidmatan WiFi yang paling steady? Jom langgan unifi!

Sama ada korang dah ada WiFi atau belum kat rumah sewa, pastikan unifi adalah pilihan utama korang berbanding penyedia jalur lebar lain di pasaran sekarang ini. Bukan itu sahaja, banyak keistimewaannya kalau korang jadi pelanggan unifi tau!

Berkongsi internet dengan rakan serumah yang ramai dan masing-masing guna banyak data untuk berhibur atau menyiapkan assignment, mesti diorang perlukan kelajuan yang lebih pantas dan data yang lebih banyak. Jadi, nak tak nak korang perlu menukar pakej dengan kelajuan yang lebih tinggi pada masa depan.

Menariknya, sekarang ini pelanggan unifi sedang dinaiktaraf kelajuan secara PERCUMA. Naiktaraf ini telah pun bermula pada 15 Ogos lalu dan kira-kira 1 juta pelanggan unifi (rumah dan pejabat) akan dinaiktaraf kelajuan unifi mereka sehingga 800Mbps tanpa apa-apa bayaran tambahan.

Sehingga kini, lebih daripada 500,000 pelanggan unifi di rumah dan pejabat sudah menikmati kelajuan tinggi ini dan proses naiktaraf ini dijangka selesai pada Mac 2019. Pelanggan akan menerima emel dan SMS selepas unifi mereka telah dinaiktaraf.

Sebab tu, korang kena update butiran peribadi supaya senang unifi menghubungi korang. Tak susah pun, login dalam akaun selfcare di unifi.com.my, mudah je!

Belum pernah ada unifi? Pilih salah satu pelan kat bawah ni ikut keperluan korang

Dua pelan terbaru unifi ni boleh dipilih mengikut keperluan korang kat rumah. Kalau rumah sewa korang hanya ada 2-3 orang je yang tak perlukan penggunaan internet kerap, boleh pilih unifi Basic plan. Dengan data 60GB, mesti cukup untuk korang bersembang di WhatsApp atau media sosial lepas balik ke rumah.

Kalau rumah sewa korang dikongsi ramai housemate dan semuanya kaki internet, unifi Lite Plan 100Mbps dengan kuota internet tanpa had adalah pilihan tepat untuk korang.

Malah, korang akan dapat pek unifi TV (boleh pilih antara pek Aneka, Varnam atau Ruby) dan dect phone secara PERCUMA! Klik SINI untuk langgan mana-mana pelan sekarang!

Last sekali, penghuni rumah sewa korang berkongsi bayar bil unifi, pastikan semuanya membayar bil mengikut jumlah yang sudah dipersetujui antara satu sama lain. Ini untuk mengelakkan ada yang mengelat dari membayar dan menyusahkan housemate yang lain.

Pastikan juga rakan serumah yang membuat kutipan bayaran tu amanah, jadi korang kenalah semak butiran bil unifi setiap bulan!

Nak rasai pengalaman sebenar bersama unifi? Yang mana sesuai untuk korang?

Korang mesti pernah mengalami situasi di mana sambungan internet korang kejap okay dan kejap tak okay… Banyak faktor boleh mempengaruhi pengalaman korang dan sebenarnya ada pelbagai cara boleh mengatasi masalah korang tu…

Sambungan internet boleh jadi perlahan kalau korang berada lebih jauh dari router. Malah, kalau ada benda yang menghalang antara korang dan router, pun boleh memperlahankan sambungan internet . Kalau nak tahu secara detail, korang baca selanjutnya kat SINI. unifi siap bagi tips lagi untuk dapatkan pengalaman unifi yang hebat!

Untuk maklumat lanjut mengenai unifi, layari laman web unifi dan ikuti laman media sosial unifi di Facebook dan Twitter.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×