Pada 20 Oktober yang lalu, Petron telah mengadakan satu program kesedaran Go-To-Safety-Point bersama-sama dengan PDRM kontinjen Sabah dengan melakukan simulasi situasi kecemasan di Petron Minintod, Sabah.
GTSP bertujuan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat yang merupakan inisiatif kerajaan di bawah “United Against Crime”.
Kalau korang nak tahu, tujuan utama Go-To-Safety-Point atau GTSP ialah untuk memudahkan orang awam untuk mendapatkan bantuan ketika kecemasan berlaku.
Pelancaran GTSP di syarikat minyak Petron di buat pada 14 September 2013 oleh Ketua Polis Negara di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur yang melibatkan 96 stesen minyak Petron dan sekarang sudah berkembang sebanyak 560 stesen.
30 Stesen Petron Terpilih Menzahirkan Mural Yang Membawa Mesej Keselamatan
Untuk memberi kesedaran GTSP kepada rakyat Malaysia, Petron telah mengadakan program dengan melukis mural oleh artis-artis tempatan yang membawa mesej keselamatan.
Menariknya, terdapat sepuluh mural yang dilukis oleh sepuluh artis tempatan dari Art Battalion dengan menggunakan peribahasa Melayu di 30 stesen Petron terpilih di seluruh Malaysia.
Selain dari memberi kesedaran tentang GTSP, program ni juga sekaligus mempromosikan bakat-bakat artis tempatan.
Antara mural yang dilukis di Petron:
1. Alah bisa tegal biasa
Maksud: perkara atau kerja yang susah akan menjadi senang kalau selalu dibuat.
Maksud yang ingin disampaikan dari peribahasa ni ialah setiap penunggang dan pembonceng motosikal haruslah sentiasa memakai topi keledar dengan betul dan jadikan ini sebagai satu kemestian demi keselamatan semua.
2. Bagai Menatang Minyak Yang Penuh
Maksud: Menjaga anak dengan penuh kasih sayang.
Kemalangan terjadi tanpa diundang. Lindungi si manja dengan menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan.
Sentiasa mengutamakan keselamatan dan keselesaan untuk yang tersayang.
Keselamatan kanak-kanak bermula dari kita.
3. Ada Kerak Ada Nasi
Maksud: tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya.
Elakkan penggunaan telefon bimbit ketika memandu. Ingatlah orang tersayang dan elakkan daripada kejadian yang tak diingini berlaku kerana ia akan meninggalkan kesan yang berkekalan.
Tumpukan perhatian di jalan ketika memandu.
4. Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin
Maksud: cermat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Memandu dengan cuai boleh mengundang padah. Pandulah kenderaan dengan cermat dan selamat demi keselamatan semua. Jadilah pemandu yang berhemah.
Tidak Lagi Risau Tentang Keselamatan Ketika Berada Di Stesen Minyak
Lepas ni korang dah tak perlu risau tentang perkara-perkara buruk yang bakal berlaku kerana di stesen Petron, mereka mempunyai pekerja terlatih yang akan memberikan bantuan awal sementara menunggu pihak berkuasa untuk tiba di stesen.
Dan jika berlakunya kecemasan, korang boleh sahaja datang ke stesen Petron untuk meminta bantuan kerana kakitangan mereka yang telah dilatih oleh anggota PDRM tentang cara untuk bertindak ketika berada dalam situasi kecemasan.
Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang Program GTSP di Petron, korang boleh tengok video mereka di Youtube Petron Malaysia.
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=l46xJDUuFzo]