Pelakon Shakilla Khoriri mengajak seorang warganet untuk bertemu secara empat mata selepas mendakwa dirinya menjalin hubungan cinta dengan seorang individu berstatus suami orang.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Ambil Anak Kata Nak Bawa Pergi Waterpark, Tak Tahu Pula Bertukar Jadi Majlis Nikah’ – Shakilla Khoriri
Artikel Berkaitan: ‘Saya Jumpa Urusan Kerja, Orang Salah Anggap’ – Shakilla Khoriri Jawab Isu Gambar Mesra Dengan Suami Orang
Nak jumpa
Menerusi Instagram Story, Shakilla rela hati untuk berjumpa dengan wanita berhijab yang dikenali dengan nama @alnur_jannah di Terengganu.
Kata aktres berumur 34 tahun, secara kebetulan dia akan menjalani penggambaran di negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia itu.
Assalamualaikum sis (panggilan). Esok saya akan ke Terengganu ada shooting dekat sana. Alang-alang jom kita jumpa nak?
Nak dengar juga cerita saya yang awak lagi tak tahu.
Keluarga dah tanya
Pemilik nama Nurul Shakilla Mohd Khoriri juga menegaskan dia ingin mengetahui identiti suami orang yang dimaksudkan.
Nak tahu juga suami orang mana yang saya dah main tu sebab mak abah adik kakak saya pun tengah tanya.
Dalam pada itu, bekas isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali memberi pilihan kepada individu terbabit sama ada ingin menghubunginya atau dia sendiri akan menghantar orang untuk mencari.
Awak nak contact saya kita jumpa sembang atau saya suruh orang cari awak. Pilih la. Jumpa awak esok malam.
Terdahulu, kecoh di laman sosial selepas tular beberapa keping foto yang menyaksikan aksi mesra Shakillla bersama seorang lelaki.
Malah, dikatakan lelaki berkenaan sudah pun mendirikan rumah tangga dan memiliki cahaya mata.
Bagaimanapun, Shakilla menegaskan gambar-gambar ‘mesra’ dia dan lelaki itu yang tersebar adalah gambar lama ketika mereka rapat dan individu terbabit pada ketika itu sudah bercerai dengan isterinya.
Selain itu, Shakilla berkata dia menolak tawaran untuk hidup bermadu selain tidak pernah meletakkan syarat supaya lelaki itu menceraikan isterinya.
Imbas kembali, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan Fizi Ali pada 18 Februari 2018, namun disahkan berpisah pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Instagram