berita

Yana Samsudin & Izzue Islam Dilantik Jadi Ejen Perisik SUPER Hanya Kerana Satu Rahsia

August 11th, 2014 | by Ai
MyResipi

DSC_9587

Pernah tak dalam hidup anda merasai kebahagiaan yang tak dapat diungkapkan oleh kata-kata dengan hanya menghirup secawan kopi?

Ya, memang bukan semua orang menikmati pengalaman manis tersebut. Tapi bagi penggemar tegar kopi, itulah antara momen paling menarik dalam hidup mereka.

Saya sendiri memang kuat minum kopi. Jadi, bila dijemput menghadiri majlis perlantikan Yana Samsudin dan Izzue Islam sebagai duta jenama SUPER ‘Secret To A Smile’ semalam, tak sangka kecintaan saya terhadap minuman ini semakin mendalam.

Melalui siri video online yang ditayangkan, para tetamu jemputan berpeluang menerokai satu-satunya kilang penghasilan kopi terbesar di Malaysia. Barulah kami tahu kenapa kopi berjenama SUPER terkenal dengan keenakannya.

Screen Shot 2014-08-08 at 12.39.37 AM

Rupa-rupanya Yana dan Izzue pula dalam diam dilantik sebagai ejen untuk mengenalpasti rahsia disebalik senyuman semua warga Malaysia. Apa lagi jawapannya kalau bukan kopi SUPER!

Dalam video yang saya sertakan di bawah, dapat dilihat Izzue dan Yana memulakan misi dengan penuh debaran demi melihat sendiri proses pembuatan kopi 3 dalam 1 ini.

Kalau anda nak tahu, antara jenama kopi SUPER yang popular ialah Super Coffee, Super Charcoal Roasted White Coffee, Owl, Super Power, Cafe Nova dan Coffee King. Hah, banyak kan?

Screen Shot 2014-08-08 at 12.42.45 AM

Yana dan Izzue ni beruntung tau. Sebabnya, dalam banyak-bayak selebriti yang di senaraikan, akhirnya pihak SUPER memilih mereka dan mengikat kontrak selama 3 tahun. Wow! Lama tu.

Menurut Yana, dia bukanlah penggemar kopi. Sebaliknya, setiap kali dia mengambil kopi, dia akan berasa sakit kepala sehinggalah diperkenalkan dengan Super Coffee rendah lemak yang mana akhirnya Yana serasi dengan rasa dan kelazatan kopi tersebut.

Screen Shot 2014-08-08 at 12.43.25 AM

Manakala bagi Izzue Islam pula, pengalaman menjadi duta produk ini memang takkan dilupakan. Bayangkan dalam siri video online ini, semua aksi stunt yang dilakonkan dibuat sendiri tanpa menggunakan stuntman.

Hmm, kalau siri video onlinenya sudah hebat, dah tentu rasa kopinya lebih mantap kan. Oh ya, jangan lupa untuk menonton lakonan Izzue dan Yana di laman Youtube untuk memenangi banyak hadiah. Good Luck!

SKIP THIS AD ×