berita

Nak Tau Apa Rasanya Jadi Wakil Malaysia Sebagai Penerjun Negara Di Sukan Antarabangsa?

September 23rd, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Siapa pernah mewakili sekolah atau negeri untuk acara sukan ke peringkat lebih tinggi ketika zaman persekolahan dulu mesti tau besar mana tanggungjawab yang korang galas. Semua orang mengharapkan korang buat yang terbaik supaya boleh merebut semua pingat yang ada.

Tapi itu dulu, zaman sekolah. Sekarang ni korang pernah bayang tak perasaan atlet negara kita yang mewakili Malaysia ke sukan peringkat antarabangsa? Bukan 50, bukan 100 harapan terletak di bahu mereka tetapi jutaan rakyat Malaysia mahu melihat mereka lakukan yang terbaik untuk tanah air tercinta.

Sempena Hari Malaysia kali ini, Malaysia Airlines tampil dengan video terbaru yang memaparkan penerjun negara, Pandelela Rinong berkongsi perasaannya apabila menjadi wakil negara di sukan peringkat antarabangsa. Moga korang boleh jadikan inspirasi!

Buat sepenuh hati

Kongsi Pandelela Rinong dalam video tu, tiada benda lain dalam fikirannya selain fokus dengan kemenangan yang bakal digarap di hadapan ketika menjadi wakil negara. Dia akan cuba buat semuanya dengan sepenuh hati dan yakin dengan diri sendiri.

“Ada masa saya rasa yakin, kadang-kadang ada juga rasa ragu-ragu. Tapi, semua itu bukan penghalang kerana ramai yang berdiri di belakang saya”

Orang sekeliling dijadikan inspirasi

Pandelela pun sama macam kita. Ada masa kita yakin, ada masanya kita ragu-ragu. Namun, bagi Pandelelea, dia percaya dengan sokongan orang sekeliling untuk mengharungi cabaran di hadapan. Lantas, rasa ragu-ragu itu hilang serta-merta!

“Saya ada rakan sepasukan yang sentiasa menemani dan keluarga yang sentiasa memberi semangat. Malah, kepercayaan yang diberikan oleh negara juga saya jadikan inspirasi untuk terus maju. Semuanya untuk moment terindah depan satu dunia”

Kibar Jalur Gemilang untuk rakyat Malaysia adalah satu perkara istimewa bagi Pandelela

Dah tengok video terbaru dari Malaysia Airlines sempena Hari Malaysia ni? Kalau belum tengok, click Play sekarang!

Jujur admin kata, meremang bulu roma min bila Pandelela kibar Jalur Gemilang selepas Malaysia memperoleh kemenangan. Bagi Pandelela, ia adalah satu perkara istimewa untuk kita sebagai rakyat Malaysia hargai.

Sebab, ia memerlukan usaha yang gigih untuk dia berada di tahap setinggi itu. Dan ingat, sejauh mana kita pergi, Jalur Gemilang yang dekatkan kita. Selamat Hari Malaysia dari Malaysia Airlines dan OHBULAN!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×