berita

Nak Tau Cara Tebus RM30 e-Tunai Rakyat Dengan Boost & Menang Shake Rewards Sehingga RM8,888?

January 16th, 2020 | by Epul
Sponsored Post

Bermula 15 Januari 2020, korang boleh tuntut wang RM30 insentif kerajaan mulai jam 8 pagi. Bajet RM450 juta yang diperuntukkan kerajaan di bawah program e-Tunai Rakyat itu diharap mampu meningkatkan penggunaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga, terutamanya dalam sektor runcit.

Untuk pengetahuan korang, wang RM30 tu boleh dituntut daripada mana-mana tiga pengendali e-wallet terpilih iaitu Grab, Boost, dan Touch ‘n Go. Kalau korang tak tahu nak pilih aplikasi mana, meh admin suggest aplikasi Boost dan ketahuilah korang berpeluang menang Shake Rewards sehingga RM8,888 tau!

Macam ni caranya nak tuntut wang RM30 tu…

  1. Download aplikasi Boost
  2. Daftar akaun Boost
  3. Tekan e-Tunai Rakyat dekat homepage aplikasi Boost
  4. Sahkah identiti korang
  5. RM30 akan dikreditkan dalam akaun Boost korang disertakan Shake Rewards sehingga RM8,888

Psstt, kalau korang tak layak untuk dapat RM30 e-Tunai Rakyat, korang masih layak untuk dapat Shake Rewards asalkan korang melalui proses tuntutan dan korang tak ada buat tuntutan dengan mana-mana pengendali e-wallet lain.

Main Ang Pow Challenge, seronok main dengan kawan

Yang bestnya bila korang pilih aplikasi Boost untuk tuntut RM30 e-Tunai Rakyat, korang layak untuk main Ang Pow Challenge yang memberikan keseronokan berganda. Macam mana nak main Ang Pow Challenge tu?

  1. Setiap hari pengguna Boost akan dapat 2 angpow
  2. Korang boleh buka satu angpow dan terus dapat duit
  3. Angpow lagi satu korang kena hantar kepada pengguna Boost lain yang belum main game tu dan diorang kena ‘accept‘ angpow tu dalam masa 24 jam. Kalau korang ikut arahan ni, korang boleh terus ‘alive‘ dan akan dapat 2 lagi angpow keesokan harinya.
  4. Bagi si penerima angpow, mereka kena tuntut e-Tunai Rakyat atau melalui proses tuntutan untuk main Ang Pow Challenge.
  5. Lepas tu, si penerima boleh sertai cabaran dengan membuka satu angpow dan hantar lagi satu angpow kepada pengguna Boost lain yang belum main Ang Pow Challenge.

Setiap pemain akan ada baki 2 peluang untuk main kalau kalah. Korang juga boleh main semula Ang Pow Challenge lepas berbelanja RM50 untuk satu transaksi dengan aplikasi Boost. Senang je!

Tawaran Giler RM1 untuk makanan & minuman

Lepas korang tuntut RM30 e-Tunai Rakyat dengan aplikasi Boost, korang layak untuk menikmati Tawaran Giler RM1 hanya untuk RM8. Apa yang korang akan dapat?

  1. Nescafe Can di myNews
  2. Kitkat di myNews
  3. MILO® Protein Up di myNEWS
  4. MAGGI® Hot Cup di myNEWS
  5. Sebiji Dunkin Donuts Regular (apa-apa perisa kecuali Premium Donut)
  6. Single Junior Scoop di Baskin Robins
  7. Petitilao Llao Llao
  8. Tealive – Mana-mana minuman bernilai RM7

Tawaran Hebat RM18 untuk jenama popular

Selain tu, siapa tuntut RM30 e-Tunai Rakyat daripada aplikasi Boost juga layak mendapat penjimatan hebat dengan hanya RM18. Apa yang korang akan dapat?

Baucar tanpa henti, penjimatan melebihi RM1,888

Malah, korang juga layak untuk menerima baucar tanpa henti supaya korang dapat berjimat dengan aplikasi Boost! Dengan itu, korang akan dapat berjimat melebihi RM1,888 kalau korang buat pembayaran di aplikasi Boost di rakan kongsi terpilih mereka. Antaranya…

Apa lagi yang korang boleh buat dengan aplikasi Boost? Banyak…

Memang tak menyesal kalau korang pilih aplikasi Boost demi menuntut RM30 e-Tunai Rakyat. Sebab, baaanyak lagi manfaat yang ditawarkan aplikasi Boost seperti…

  1. 2GB data percuma dan peluang untuk korang menang tambah nilai percuma selama setahun kalau korang tambah nilai RM30 untuk nombor Xpax dengan aplikasi Boost
  2. Bayar bil Celcom atau pelan pascabayar dari mana-mana telco dengan aplikasi Boost dan korang layak untuk memenangi 100% cashback untuk bil korang selama satu tahun.
  3. Nikmati 50% cashback untuk semua tiket wayang di GSC terpilih, MBO dan MMCineplexes bila korang beli tiket dengan aplikasi Boost.
  4. Bayar bil unifi mobile korang dengan aplikasi Boost dan peluang menang 100% cashback sehingga RM88
  5. Langgan atau naik taraf pelan di Celcom Online Store atau Celcom Bluecube dan bayar dengan aplikasi Boost. Korang layak untuk menang 100% cashback untuk selama setahun
  6. Beli XP Lite™ dengan L Pass di Celcom Online Shop dan checkout dengan aplikasi Boost. Korang boleh dapat rebat RM30 untuk bil bulanan pertama

Ajak kawan dan keluarga tuntut e-Tunai Rakyat dengan aplikasi Boost, dapat RM18 lagi!

Dah tuntut RM30 e-Tunai Rakyat, siap main Shake Rewards tapi masih tak cukup? Nak duit lebih? Boleh… Boost nak bagi sehingga RM18 kalau korang ajak kawan dan keluarga tuntut e-Tunai Rakyat dari aplikasi Boost.

Korang akan dapat RM3 tambahan kalau orang yang korang rujuk tu berjaya menuntut e-Tunai Rakyat dengan aplikasi Boost menggunakan kod rujukan korang. Setiap rujukan kelima akan dapat RM3 tambahan sehinggalah jumlah terkumpul iaitu RM18. Banyakkan?

Selain tu, korang dan orang yang korang rujuk tu boleh nikmati manfaat lain yang ditawarkan aplikasi Boost iaitu Boost Up. Dengan Boost Up, korang boleh manfaatkan RM30 e-Tunai Rakyat korang tu dengan…

  1. Korang akan dapat coin Boost untuk setiap RM yang dibelanjakan
  2. Korang akan dapat Shake Rewards tambahan untuk setiap transaksi yang memberikan korang lebih banyak coincashback, peluang untuk memenangi hadiah menarik seperti iPhone 11 atau Dyson HairDryer dan ‘tiket emas’ untuk memenangi hadiah hebat seperti percutian ke Greece. Bestnya!

Kalau dah banyak sangat coin terkumpul, korang boleh tebus hadiah menarik yang lain atau cashback juga tau!

Download aplikasi Boost sekarang!

Tunggu apa lagi? Download aplikasi Boost sekarang untuk tuntut RM30 e-Tunai Rakyat dan nikmati pelbagai pilihan ganjaran dan manfaatkan insiatif kerajaan tu dengan aplikasi Boost sebaiknya. Cepat, tuntut sekarang sebelum 14 Mac 2020 okay!

Kalau korang belum ada aplikasi Boostdownload untuk platform Android atau iOs sekarang.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×