Siapa kat sini pecinta alam? Wah, semua angkat tangan eh! Nampaknya korang betul-betul sayangkan alam sekitar. Korang yang pecinta alam ni mesti nakkan kediaman yang bukan setakat dikelilingi alam semula jadi, tapi jugak boleh pulihara alam kan?
Nak tinggal dalam rumah hijau atau mesra alam, kena tahu caranya. Nak mulanya tu pun kena tahu. Tapi korang jangan risau. Hari demi hari, dah semakin banyak perumahan yang dibina untuk kehidupan yang penuh kehijauan. Seperti perumahan ini..
Pembeli rumah teruja dengan kempen GROW oleh Gamuda Land
Berminat dengan hartanah? Mesti tahu tentang Gamuda Land. Lebih-lebih lagi dengan kempen GROW yang mereka baru sahaja lancar, buat ramai tertarik!
Buat pengetahuan korang semua, kempen GROW ni memberi fokus kepada revolusi hijau tanpa kerisauan. Senang cerita, korang dapat tinggal di kediaman yang lestari dengan lebih penjimatan tanpa rasa risau langsung!
Bukan setakat penjimatan penggunaan tenaga, malah penyelesaian kewangan juga Gamuda Land bantu. Tak payah risau apa-apa la!
Betul ke suasana kediaman yang ditawarkan oleh Gamuda Land lebih mesra alam? Haa.. Cuba korang tengok ni dulu.
Revolusi Hijau Gamuda Land menjimatkan penggunaan tenaga dan juga penggunaan air
Kalau cerita tentang mesra alam, mesti la pasal penggunaan tenaga. Tahu tak? Bersama Revolusi Hijau Gamuda Land, kebanyakan kediaman direka secara istimewa dengan lebih penjimatan. Puas hati beb!
Korang mesti nakkan kediaman yang boleh membantu korang berjimat bukan? Kami yakin korang takkan menyesal kalau memilih kediaman di Gamuda Land sebagai Rumahku Syurgaku korang. Nak tahu kenapa?
Antara ciri lestari terbaik kediaman mereka adalah penjimatan tenaga sehingga 52%. Kediaman di Gamuda Land dilengkapi dengan panel solar yang dimasukkan ke dalam rumah. So, korang jarang gunakan kuasa elektrik yang sedia ada. Jimat betul ni!
Selain itu, terdapat juga penjimatan air sehingga 25%. Hal ini disebabkan kediaman dilengkapi dengan Water Efficient Product Labelling Scheme (WEPLS) bersama sistem penuaian air hujan. Penggunaan air akan berkurang dengan efektif.
Tak suka rumah yang berbahang? Jangan risau. Korang boleh menikmati pengurangan perolehan haba sehingga 75% di kediaman Gamuda Land. Reka bentuk kediamannya dengan bahan seperti XPS Insulation & Aluminium Woven Foil Roof Treatment dan penggunaan kaca tingkap Low-E (lebih tebal dan salutan emisitiviti rendah).
Selain itu, korang juga dapat menikmati cahaya matahari semula jadi sehingga 85%. Dengan reka bentuk yang lebih banyak tingkap dan halaman dalaman, korang akan dapat banyak cahaya matahari semula jadi. Jimat tenaga pada waktu siang!
So, tak hairan la kalau korang tanya member korang nak cari rumah yang bagus kat mana, mesti mereka jawab Gamuda Land punya.
Penyelesaian kewangan yang mampan tanpa kerisauan!
Bukan setakat kediaman je yang mesra alam tau. Gamuda Land memang nak bantu korang memiliki kediaman secara lestari dengan menawarkan penyelesaian kewangan yang mampan tanpa kerisauan. Secara tak langsung, ini dapat membantu korang memiliki kediaman mesra alam yang korang impikan.
Antara penyelesaian kewangan yang ditawarkan termasuklah:
- Pembiayaan sehingga 100%.*
- Kadar faedah lebih rendah daripada 3.45%.*
- Pinjaman lestari sehingga RM100k untuk peralatan eko & produk solar.*
Berpeluang memenangi hadiah mesra alam bernilai sehingga RM300,000*!
Dah berminat nak beli salah sebuah kediaman di Gamuda Land? Ada berita best ni. Bagi sesiapa yang menjadi 100 pembeli yang pertama, korang berpeluang memenangi hadiah menarik yang mesra alam bernilai sehingga RM300,000*. Fuh!
So, tunggu apa lagi? Jom jalani kehidupan yang lebih lestari bersama keluarga tersayang di Gamuda Land. Untuk info lebih lanjut, korang boleh klik SINI.
*Tertakluk terma dan syarat.