Viral di media sosial mengenai satu tuduhan berat yang dilemparkan terhadap penyanyi, Nam Tae-hyun apabila didakwa mengambil bahan terlarang selain melakukan serangan keganasan terhadap seorang wanita.
Ambil dadah?
Menerusi laporan Kosmo, wanita dimaksudkan adalah Seo Min-jae, peserta program Heart Signal 3 yang juga rakan kongsi Tae-hyun dalam pemilikan sebuah kelab di Itaewon. Min-jae dalam Instagramnya memuat naik rangkaian pendedahan mendakwa bekas anggota kumpulan Winner itu mengambil dadah jenis Philopon. Dia juga mendakwa Tae-hyun turut memukulnya.
Nam Tae-hyun ambil Philopon. Jarum yang digunakannya ada di dalam bilik saya ataupun di dalam kabinet pejabat saya. Dia juga memukul saya. Saya ada jarum yang dia gunakan. Nam Tae-hyun dan saya, si kaki dadah.Tengoklah di dalam kabinet pejabat saya.
Min Jae turut mengakui hubungannya dengan Tae-hyun ialah sebagai pasangan kekasih.
Sebelum ini, semuanya cinta.
Bagaimanapun, Min-jae kemudian tampil menarik balik semua tuduhan tersebut dengan mendakwa dia menulis hantaran tentang Tae-hyun ketika tidak rasional.
Kami bergaduh dan disebabkan stres, saya ambil dos berlebihan yang diberikan doktor psikiatri. Saya hilang kawalan dan muat naik perkara tak betul.
Sumber: Souththth