Foto: Tangkap layar video
Sesi live yang berlangsung sebentar tadi, oleh pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL) secara tidak langsung menjawab 1001 ‘spekulasi’ sepanjang misi beliau berada di Semenanjung Gaza, Palestin. Menerusi sesi tersebut juga beliau tampil menjelaskan dengan terperinci segala ‘dakwaan-dakwaan’ yang telah dilontarkan oleh beberapa individu yang dikenali ramai.
Artikel Berkaitan:‘Kita Jangan Marah Caprice, Kita Kena Doa Untuk Dia’ – Nabil Ahmad
Artikel Berkaitan: ‘Luka Hati Saya’- Ebit Lew Jawab Kenapa Block Caprice, Ada Kaitan Dengan Arwah Bapa
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Buka Satu Tabung Pun Untuk Pergi Gaza’ – Ebit Lew
Artikel Berkaitan: Nadir Akhirnya Buka ‘Cerita Sebenar’ Kenapa Misi Bantuan Ustaz Ebit Lew Ke Gaza Dipertikai
Neelofa beri respon
Foto: Neelofa
Menerusi sesi live tersebut, UEL membidas dakwaan yang menyatakan beliau telah melarikan dokumen yang akan digunakan oleh beberapa selebriti tempatan terkenal iaitu Neelofa, Harris dan Heliza Helmi untuk ke Gaza.
Wallahi saya tak pernah bincang denga Neelofa, Haris dengan Caprice untuk pergi ke Gaza. Saya sangka baik, mungkin dia stres makan pil. Wallahi memang saya tak pernah jumpa mereka untuk bincang pergi Gaza.
Susulan daripada itu, pengacara dan usahawan terkenal Neelofa, tampil memberikan respon menerusi live tersebut dan akan menghubungi Caprice dan bertanyakan mengapa dia melibatkan individu-individu yang tidak sepatutnya.
My mom takde kena mengena dengan cerita Caprice dan Ustaz
Saya minta jangan kaitkan benda yang tak berasas.
Ujar Lofa lagi, dia meminta supaya nama ibunya Datin Noor Kartini tidak dikaitkan dalam konflik yang melibatkan UEL dan Caprice.
Saya akan contact Caprice kenapa kaitkan nama yang tak terlibat.
This is no right.
Respon Neelofa semasa live UEL
Live penuh:
Sumber: Ustaz Ebit Lew