berita

Nama ‘Sejadah Doa Makbul’ Jadi Isu, Datuk Seri Vida Nafi Guna Agama Untuk Pemasaran – “Saya Anggap Mereka Naif”

August 3rd, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida, 50, menafikan dakwaan segelintir netizen yang mendakwa dia sengaja memilih nama ‘Sejadah Doa Makbul’ demi salah satu cara pemasaran.

Cuma inspirasi

Menerusi perbualan Whatsapp kepada OHBULAN!, Vida menegaskan langsung tidak timbul niat untuk menggunakan agama dalam melariskan jualan.

Sejadah Hajat Tercapai Doa Makbul itu inspirasi dari tempat Muktazam. Antara tempat doa cepat makbul. Saya rindu Tanah Haram Mekah.. rindu Kaabah. Rindu nak pergi sana. Rindu nak berdoa di tempat yang dijanjikan Allah doa cepat makbul.

Tak wujud langsung niat sebegitu melainkan bila solat dan berdoa atas sejadah ini seolah bayangan tempat makbul doa tu. Kata-kata pun adalah doa. Makin kerap berdoa, insya-Allah akan termakbul doa kita.

“Netizen main cakap lepas ja”

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Hasmiza Othman mengakui kecewa dengan sikap segelintir pihak yang makin hari makin melampau.

Saya terasa. Mereka main cakap lepas ja..tak fikir apa maksud saya. Tapi belum la sampai tahap nak ambil tindakan undang-undang. Saya anggap mereka naif.

Sebelum ini, ada pengguna Twitter yang menggunakan nama @H_Bakkaniy mempersoalkan dan mempertikaikan tindakan Vida.

Sumber: Instagram @datoserivida, Twitter @H_Bakkaniy

SKIP THIS AD ×