Di Instagram, penyampai radio, Nana Mahazan memberitahu dia akan berangkat ke Tanah Suci, Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.
Artikel Berkaitan: Nurul Shuhada Tunai Umrah Selepas Habis Iddah
Rezeki tunai umrah
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, ibu bapanya turut serta melakukan ibadah umrah.
Syukur Ya Allah atas rezeki untuk menunaikan umrah bersama keluarga, abah, mak dan ucu. Allahuakbar. Kalau ada salah dah silap, kami mohon maaf. Halalkan makan minum kami. Semoga semuanya dipermudahkan. Terima kasih atas ucapan dan doa kalian.
Pada masa yang sama, suami Nana iaitu Raqeem Brian turut memohon doa agar perjalanan ibadah mereka dipermudahkan.
Insya-Allah, saya dan keluarga akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah. Kepada semua kenalan, kami memohon 10 jari, memohon kemaafan atas segala salah silap kami. Moga kita semua mendapat keredaan Allah.
Sumber: Instagram