berita

Nurul Shuhada Tunai Umrah Selepas Habis Iddah

July 29th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Nurul Shuhada

Selepas disahkan bercerai talak satu dengan pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri berangkat menunaikan umrah pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Sah Cerai Talak Satu

Artikel Berkaitan: ‘Kawan Baik Itu Tak Mungkin’ – Nurul Shuhada

Aku datang ni

Nurul Shuhada

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shuhada memuat naik beberapa keping foto berada di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Berdasarkan kapsyen yang ditulis, Shuhada, 29, teruja apabila berpeluang ke Tanah Suci Makkah di samping memohon doa orang ramai agar urusannya dipermudahkan Allah SWT.

Selain itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut menjelaskan dia sudah tamat tempoh iddah iaitu tiga kali datang bersih kitaran haid.

Pelangi selepas hujan

Shushukriii

Shuhada 1

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan agar Shuhada mendapat umrah yang mabrur.

Sebelum ini, Shuhada menyatakan dia ingin ke ‘rumah Allah’ bagi mencari ketenangan dan memohon doa.

Pada Khamis lalu (27 Julai), Shuhada dan Hafidz sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×