Setiap individu mempunyai banyak cara untuk luahkan perasaan dan bakat terpendam. Namun jikalau anda boleh paparkan kreativiti anda ke mana sahaja anda pergi, tentu ia lebih menarik, bukan? Serlahkan keunikanmu dengan memiliki sarung kreatif Popmycase buat telefon pintar kegemaran anda.
Popmycase mengkhususkan rekaan dan pengubahsuaian kasing telefon bimbit seperti iPhone, iPad, Blackberry dan Samsung. Tambah unik Popmycase turut membolehkan anda reka sendiri corak sarung telefon yang diinginkan oleh anda dengan hanya memuat turun gambar kegemaran anda menerusi laman web www.popmycase.com/diy.
Selebriti Malaysia juga tidak lepaskan peluang dengan memiliki sarung telefon bimbit ini dengan rekaan mereka sendiri. Nana DJ radio ERA, Fara Fauzana dan Amy Search juga turut tidak lepaskan peluang miliki sarung telefon bimbit ini buat koleksi mereka juga.
Untuk pengetahuan anda rekaan kasing yang ditempah akan sampai dalam 2-3 hari bekerja untuk tempahan dari seluruh Malaysia manakala tempahan luar negara akan sampai dalam 5-7 hari bekerja.
Kredit Foto : Popmycase