berita

Nash (Lefthanded) Mengidam Isteri Solehah?

January 30th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Nash

Siapa yang tak mahu isteri solehah? Begitulah juga dengan penyanyi popular, Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias yang meluahkan bahawa dia menginginkan seorang isteri yang taat selain dari solehah.

“Bagi kebanyakan lelaki (duda) seperti saya, pasti ramai yang inginkan seorang wanita yang serasi dengan diri untuk menjadi teman hidup bersama, begitu juga dengan saya. Cuma saya begitu ‘mengidam’ untuk memiliki seorang wanita yang mampu menjadi isteri solehah dan sentiasa mentaati suami.”

Walau bagaimanapun, penyanyi berusia 54 tahun ini mengaku bahawa dia masih belum menjumpai calon sesuai kerana menganggap jodoh akan tiba juga bila sampai masanya.

“Saya tak mencari, sebab itulah saya lambat dapat calon.”

Untuk pengetahuan, Nash pernah berkahwin dengan Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya pada 16 November 2006 dan bercerai selepas hampir 3 tahun mendirikan rumahtangga.

Sumber : mStar Online, eyesofinfinity

SKIP THIS AD ×