berita

‘Nasi Dah Jadi Bubur’ – Netizen Geram Tengok Aliff Aziz Upload Gambar Anak

May 25th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Umum telah mengetahui bahawa penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah sah bercerai pada tanggal 16 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Terbaru, menerusi Instagram Aliff, dia memuat naik satu foto bersama anaknya iaitu Mohamad Ayden Adrean, beserta kapsyen luahan rasa rindu. Kapsyen yang di muat naik itu ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.  

Keep daddy in your heart

https://www.instagram.com/p/Bx1iUx8Ai8I/

Menerusi Instagram Aliff, dia meluahkan rasa rindu terhadap anaknya. Dia juga berpesan supaya anaknya sentiasa mengingati dirinya. Melalui perkongsian Aliff itu, netizen meninggalkan pelbagai komen buat penyanyi tersebut.

Tahu pula ingat anak

Masih sempat selamatkan rumah tangga

Stay strong

Learn from mistakes

Walaupun sebahagian daripada netizen meninggalkan komen negatif buat penyanyi tersebut, namun masih ada juga netizen yang mendoakan Aliff dan memberikan kata positif buat dirinya supaya kekal tabah dan berusaha kembali untuk bersama bekas isterinya.

Sumber: Aliff Aziz

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×