berita

‘Nasi Lemak Banyak Lagi..’ – Gadis Sebak Bapa WhatsApp Tiada Pelanggan, Makanan Tak Laku

December 31st, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Pandemik Covid-19 bukan sahaja mengancam nyawa orang ramai, malah turut memberi kesan yang besar kepada ekonomi sesebuah negara. Ada yang kehilangan kerja, ada yang terpaksa menutup perniagaan dan tak kurang jugak yang terpaksa menjual aset dimiliki bagi menampung kehidupan.

Tidak terkecuali mereka yang mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan. Di Twitter, seorang gadis berkongsi tangkap layar perbualan bersama bapanya yang sebak menceritakan perniagaan mereka yang kurang mendapat sambutan.

Mana tahu ‘pembuka rezeki’

Perkongsian di Twitter itu mendapat sambutan yang positif dan dibanjiri komen netizen yang prihatin. Sabby Idham turut menyatakan perasaan sebak dan sedih apabila melihat kedua ibu dan bapanya bertungkus-lumus mencari rezeki untuk menanggung keluarga. 

Dalam perkongsian itu juga, bapanya menghantar satu gambar kepadanya menerusi aplikasi WhatsApp untuk menunjukkan restoran mereka tiada pelanggan. Menurut mesej yang dihantar oleh bapanya itu, makanan yang ada di kedai mereka tidak luak kerana kekurangan pelanggan. 

Nasi lemak banyak lagi.. lontong tak sentuh langsung.. kueh pun banyak.

Dibanjiri doa netizen

Foto: Sabby Idham

Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen turut menzahirkan sokongan kepada restoran tersebut untuk terus beroperasi di samping mendoakan semoga keluarganya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Nasib yang sama

Foto: Sabby Idham

Di ruangan komen perkongsian itu, ramai juga netizen yang berkongsi pengalaman sedih kerana menghadapi kesukaran untuk mencari rezeki akibat pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan. Semoga peniaga kecil di luar sana dipermudahkan segala urusan untuk teruskan mencari rezeki yang halal dalam waktu yang sukar ini.

Sumber: Sabby Idham.

SKIP THIS AD ×