McDonald’s antara restoran makanan segera yang sering menampilkan pelbagai menu baru untuk pelanggan mereka. Sebelum ini, McDonald’s pernah menghidangkan Nasi Lemak McD dengan kepedasan sambal dan keranggupan ayam sebagai selera Melayu.
Sempena bulan kemerdekaan, McDonald’s sekali lagi tampil dengan menu terbaru iaitu Geng Nasi Lemak bersama Cendol McFlurry dan Corn Pie!
Nasi Lemak McD
Kredit foto: McDonald’s
Geng Nasi Lemak ditampilkan dengan tiga menu termasuk Nasi Lemak Ayam Gorang McD (pedas/biasa), Nasi Lemak Kepingan Ayam (Spicy Chicken McDeluxe/ GCB) dan menu terbaharu Nasi Lemak Rendang Ayam.
Cendol McFlurry
Kredit foto: McDonald’s
McFlurry muncul dengan menu Cendol McFlurry rasa original cendol bersama kemanisan Gula Melaka. Menu pencuci mulut ini juga mengandungi parutan isi kelapa, krim perisa vanila dan jeli kelapa.
Ais krim Cendol
Kredit foto: McDonald’s
Buat pengemar ais krim, pastikan anda nikmati empat varisi ais krim berperisa Cendol ini. Antaranya ialah Cendol Cone, Cendol Vanila, Cendol Choco Dip dan Cendol Sundae & Coklat. Ais krim ini disaluti dengan kombinasi rasa gula melaka dan vanila.
Corn Pie
Kredit foto: McDonald’s
Buat peminat pie keluaran McD, anda boleh cuba Corn Pie ini. Rasanya manis dan rasa krim jagung yang enak. Boleh dinikmati bersama keluarga atau rakan pada waktu petang.
Kesemua menu terbaharu dari McDonald’s ini telah mula diperkenalkan pada hari ini iaitu 10 Ogos 2020!
Sumber: McDonald’s