berita

Nasib Baik Iqram Dinzly Tak Naik Stage Masa Persembahan Altimet, Kalau Tidak…

February 13th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Iqram Dinzly yang pernah popular di kaca drama televisyen kita dulu. Tetapi baru-baru ini dia sering tular dengan aksi yang ‘aneh’ dan dikecam netizen. Segala video dan gambar berkelakuan ‘pelik’ ini juga sempat dimuat naik di laman Instagram.

Setiap tingkahlaku ‘pelik’ yang dikongsi, telah wujud tomahan yang mengatakan Iqram kelihatan kurang siuman. Baru-baru ini, dia turut muncul di AJL 32 bagi menyokong industri muzik tempatan. Namun, apa yang terjadi disebaliknya mendapat kecaman dari netizen termasuk juga rakan artis pada malam tersebut.

Syabas Media Prima

Menerusi tweet milik Altimet yang kesal dengan tindakan pelakon ini yang berniat untuk menganggu persembahan Amboi. Mujurlah, beberapa staf stesen TV terbabit menghalang pelakon berkenaan naik ke pentas. Altimet mengucapkan terima kasih buat team Media Prima yang bijak mengawal keadaan pada malam itu.

Tak nak keruhkan keadaan

Altimet turut menyatakan keadaan ini mungkin boleh menyebabkan pergaduhan semasa di atas pentas sekiranya Iqram menganggu persembahannya. Altimet juga menasihatkan agar pelakon berkenaan hormat semasa menyaksikan persembahan orang lain.

Makhluk kuning dah masuk

Malah, Altimet juga meninggalkan pentas tersebut semasa persembahan penutup oleh Hael setelah diumumkan pemenang bagi mengelakkan berlakunya sebarang pergaduhan.

Credit: Twitter Altimet

SKIP THIS AD ×