berita

‘Nasib Kami Sebagai Peniaga Siapa Nak Ambil Peduli?’ – Giliran Mila Respon Isu Larangan Ambil Pekerja Asing

June 25th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Isu mengenai larangan mengambil tukang masak asing bekerja di restoran tempatan masih hangat dibincangkan netizen. Bagaimanapun, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata ianya hanya cadangan semata dan belum ada keputusan muktamad. Malah, perbincangan lanjut akan diadakan bersama pihak berkaitan.

Artikel berkaitan: ‘Kenapa Diskriminasi Mereka?’ – Chef Wan Tak Setuju Hanya Tukang Masak Tempatan Dibenarkan Bekerja

Terbaru, penyanyi dan pengusaha restoran, Mila Jirin lantang menyuarakan pendapat mengenai isu ini. Hal ini kerana dia memerlukan tukang masak dan pekerja dari negara luar untuk berkhidmat di restoran masakan Thailand miliknya.

‘Ayuh berganding bahu’

Saya ingin mengadakan 1 PERJUMPAAN dengan Kesemua PENGUSAHA RESTORAN TOMYAM di Malaysia bagi kita sama sama dapat menyuarakan PENDAPAT tentang permasalahan yang sedang dihadapi dan dapat kita sampaikan kepada pihak kementerian dan kerajaan.

Ayuh kita BERGANDING BAHU agar suara dan PENDAPAT kita sebagai PENIAGA MELAYU yang menjalankan perniagaan RESTORAN dapat didengar oleh pihak kementerian.

Netizen boleh bercakap apa sahaja

Bagaimanapun, Mila turut menerima mesej dari netizen mengenai pandangan mereka terhadap isu larangan pengambilan pekerja asing ini.

Netizen boleh CAKAP APA SAHAJA, kami pengusaha RESTORAN TOMYAM/NASI CAMPUR sahaja yang FAHAM apa yang BAKAL Berlaku sekiranya kementerian mengharamkan TUKANG MASAK LUAR untuk bekerja secara SAH dengan PERMIT dan MENGIKUT Prosedur PLKS serta menjalankan Saringan Kesihatan dan Ijection Typod serta KURSUS Pengendalian Makanan.

Nasib kami sebagai PENIAGA siapa pula yang nak ambil PEDULI???

Tolong bawa isu ini ke tengah

Nak mengharapkan pekerja tempatan…

Sumber: Mila Jirin

SKIP THIS AD ×