berita

Nasihat Rakyat Malaysia Supaya Tak Memilih Kerja, Netizen Berang ‘Siasat’ Harga Jam Menteri

August 11th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Kenyataan yang dibuat Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan menyeru orang ramai bersyukur dengan pekerjaan sedia ada mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Kata beliau lebih baik ada kerja dengan gaji rendah berbanding langsung tiada kerja.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan Menteri, netizen bagaimanapun menjalankan siasatan terhadap jam tangan yang dipakai Saravanan.

Netizen stalk jam menteri

Menerusi ‘siasatan’ netizen bernama Roshinan, jam tangan yang digayakan Menteri Sumber Manusia itu dipercayai berjenama Audemars Piguet model Royal Oak Skeleton. Harga bagi seutas jam tangan ini dianggarkan berharga sekitar lebih RM298,000.

Royal Oak Skeleton dibawah jenama Audemars Piguet dihasilkan pada sekitar tahun 2013 dan sesuai untuk kegunaan bagi lelaki mahupun wanita. Jam ini mempunyai kenipisan 9.4mm, diameter 39mm dan kalis air 5 ATM.

Bukan itu sahaja, netizen juga menemui pelitup muka diletakkan di atas meja menteri itu yang bercorak design LV. Pengguna media sosial turut mempersoalkan ketulenan pelitup muka LV milik menteri itu.

Gaji rendah daripada tiada kerja

Sebelum ini, M. Saravanan mengeluarkan kenyataannya mengalakkan supaya belia bekerja dalam apa jua bidang meskipun berpendapatan rendah. Dia mengulas perkara itu ekoran pendamik Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.

Saya menasihatkan kepada semua warga Malaysia terima sajalah apa juga pekerjaan, walaupun ada pemotongan gaji sebab keadaan hari ini luar biasa. Lebih baik kita ada peluang pekerjaan dengan gaji yang rendah daripada tiada kerja, dengan program-program dan rancangan khas yang dijalankan oleh kerajaan, saya bagi jaminan keadaan akan beransur pulih.

Tetapi sehingga keadaan berubah, kita perlu berpegang kepada apa jua peluang pekerjaan sedia ada, walaupun ada juga keadaan mengurangkan gaji dan sebagainya tetapi ini hanya sementara.

Sumber: Roshinan

SKIP THIS AD ×