berita

Natasha Elyzza Sedih Dituduh Jadi Punca Emma Maembong Tanggal Tudung

September 3rd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Natasha Elyzza

Pelakon Natasha Elyzza meluahkan rasa sedih apabila dituduh menjadi punca rakannya iaitu aktres Emma Maembong menanggalkan hijab sejak setahun lalu.

Artikel Berkaitan: Emma Maembong ‘Angkut’ Suami, Anak & Pembantu Ke Set Penggambaran – ‘Saya Menangis Tiada Mereka’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Bertugas Sebagai Kerani Bukan Peguam Bertauliah’

Punca Emma tanggal tudung

Natasha Elyzza

Menerusi hantaran di Instagram Story, Natasha berkata dia tidak menyangka apabila dilemparkan dengan tuduhan sedemikian.

Natasha menegaskan, tuduhan tersebut adalah tidak benar dan boleh jatuh kepada fitnah.

Saya takkan tipu diri sendiri, saya sedih sebenarnya baca komen sebegini.

Tak sangka orang boleh anggap saya macam itu. Awak kalau tidak tahu cerita betul jangan buat andaian sendiri. Jatuh fitnah namanya.

Dalam pada itu, Natasha turut berkongsi satu tangkap layar yang memaparkan komen seorang individu yang menuduhnya.

Kata individu terbabit, dia tidak gemar dengan sikap Natasha yang disifatkan sebagai penghasut.

Saya tak berkenan dengan pelakon sebelah itu (Natasha). Rasanya dia kuat hasut kot.

Dia kawan dengan Fathia, korang jangan kawan dengan dia, habis dihasutnya suruh freehair dan bersosial.

Maaf komen begini, ini atas dasar pendapat saya sahaja.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×