berita

Selepas Dress Nasi Lemak, Miss Universe Malaysia Perkenal National Costume Ala Wonder Woman

November 15th, 2018 | by faris
Kini Trending

Tahun lalu, national costume yang diperagakan wakil negara ke Miss Universe berinspirasikan nasi lemak mendapat kritikan dan kecaman netizen. Ramai yang tidak berpuas hati dan menjadikan dress unik itu sebagai bahan ketawa dan gurauan.

Untuk tahun ini, pihak Miss Universe Malaysia tidak ketinggalan untuk terus menampilkan kelainan bagi membawa negara ke peringkat antarabangsa.

Diinspirasi perahu bangau

Dihasilkan pereka fesyen Salleh Hamid, national costume ratu cantik negara mengambil masa 6 bulan untuk disiapkan. Mini dress dengan perincian unik di bahu mengambil ilham dari perahu bangau iaitu sejenis perahu nelayan tradisional yang banyak didapati di Pantai Timur.

Korset inspirasi awan larat

Menurut kepercayaan, bangau menjadi semangat perahu yang akan melindungi nelayan ketika bekerja di lautan dalam. Turut menjadi perhatian adalah korset yang diambil inspirasi bahagian depan bot dan dihiasi corak awan larat, manakala skirt rambu-ramba bersempena air laut yang beralun.

Macam Wonder Woman

Jangan ada yang claim sudah

Sumber: Miss Malaysia Pageant, Miss Universe Malaysia Official Facebook Page

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×