Pelakon Nazim Othman menggangap isu buli sesuatu yang subjektif. Padanya, ia berbalik pada seseorang bagaimana dia mendefinisikan buli.
Artikel Berkaitan: Syafiq Yusof Jadi Saksi Kes Buli Di Set Penggambaran – ‘Pihak Produksi Bertanggungjawab Untuk Menyelesaikan’
Artikel Berkaitan: ‘Sebagai Artis Yang Berlakon Dari Kecil Sehingga Kini, Pelbagai Pengalaman Sudah Saya Lalui’ – Bell Ngasri
Bukan tiket untuk kata dibuli
Ketika ditemui OhBulan!, Nazim menekankan sebagai pelakon perlu membuat persediaan awal bagi mengelakkan kelewatan di dalam set.
Kalau datang set tidak bersedia, memang kena lah. Selepas itu, claim dibuli.
Itu bukan alasan untuk mengatakan awak dibuli.
Terutama bila kita tahu kelemahan kita sebagai orang baru, jadi persediaan itu perlu lebih mendalam.
Ujar Nazim, kritikan dan teguran sepatutnya dijadikan cabaran untuk kekal berdiri di dalam industri.
Nazim berkata demikian ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama pada Isnin.
Bangga dengan pelakon baru
Pemilik nama sebenar Nushrul Alif Othman akui kagum dengan bakat anak seni kini.
Pelakon baru sekarang bagus. Dulu masa saya mula berlakon, saya tidak sebagus mereka.
Mereka ada potensi cuma kena fokus lebih dan sentiasa beringat masuk industri ini bukan semata untuk glamour.
Dalam perkembangan lain, Nazim bakal muncul dengan drama bersiri ‘Jadikan Aku Bidadari’ bersama barisan pelakon lain seperti Farah Nabilah, Alya Iman dan Zaefrul Nordin.
Drama bersiri arahan pengarah terkenal Khan Mancung itu membawa kisah mengenai percintaan dah keagamaan serta bakal bersiaran di Tonton.