berita

Nedim Sakit, Nora Danish Setia Menemaninya Di Hospital

March 25th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

neno

Rasanya semua peminat pelakon comel, Nora Danish sudah sedia maklum bahawa wanita ini dan Nedim Nazri dikatakan sedang hangat bercinta.

Melalui laman Instagram mereka, jelas kelihatan perasaan cinta antara satu sama lain walaupun masih belum ada sebarang pengumuman rasmi dibuat mengenai hubungan itu.

Namun, semalam kami dikejutkan dengan sekeping foto yang dimuat naik oleh Nora yang jelas menunjukkan kekasihnya itu dimasukkan ke wad.

Neno

Melalui status Instagram yang dimuat naik oleh Nedim, khabarnya, Nora terus ke hospital untuk melawat buah hatinya itu sebaik sahaja selesai menjalani penggambaran.

Nora juga dilihat telah memberi kata semangat melalui status-statusnya yang mendoakan supaya Nedim cepat sembuh dan pulih seperti biasa.

Selain Nora, peminat pasangan romantis ini turut mendoakan kesihatan Nedim. Apapun, semoga Nedim cepat sembuh dan kami harap pasangan ini cepat-cepat ke jinjang pelamin. Bolehlah Nora sentiasa jaga buah hatinya selalu.

SKIP THIS AD ×