berita

Neelofa Bertudung Litup & Berjubah, Sudah Berhijrah Atau Strategi Pemasaran?

May 29th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

n.neelofa

Secara jujurnya, bukan sekali dua penonton terkejut melihat gaya pakaian Neelofa dalam rancangan Meletop yang bersiaran setiap hari Selasa di Astro itu.

Kalau sebelum ini Neelofa pernah dikritik kerana berpakaian agak terdedah atau terlampau ketat, namun pada malam Selasa lalu (27 Mei 2014), Neelofa telah menyebabkan ramai penonton rancangan itu ternganga dan melopong melihatnya.

Mana taknya, selebriti yang selama ini terkenal dengan imej seksi itu secara tiba-tiba tampil berjubah hitam dan bertudung litup persis wanita arab.

Screen Shot 2014-05-28 at 23.25.02

Dalam hati terdetik, ‘Baguslah kalau dah berhijrah, nampak sesuai sangat imej tersebut dengan diri Neelofa. Lebih sopan santun dan lemah lembut.

Dalam masa yang sama, ada juga pendapat-pendapat nakal yang beranggapan perubahan drastik Neelofa itu adalah untuk mempromosikan perniagaan tudung dan jubahnya sendiri.

Rasanya tak salah kalau Neelofa berhijab semata-mata nak melariskan jualannya. Nanti tak adalah orang kata berniaga tudung tapi tuan empunya badan sendiri tak menutup aurat, betul tak?

Namun seeloknya biarlah betul-betul bersedia untuk berhijrah sepenuhnya. Peminat juga berharap agar Neelofa dapat mengekalkan imej muslimah sempurna seperti itu.

neelofa-5

neelofa-6

Tapi apa yang pasti, imej menutup aurat Neelofa pada malam tersebut adalah bagi menghormati peristiwa Isra’ Mi’raj yang kebetulan jatuh pada hari sama.

Apapun, kita doakan sahaja si cantik ini terbuka hati untuk bertudung suatu hari nanti. Jangan pula menghentam atau mencemuh hanya kerana dia cuba berusaha untuk berubah, okay?

SKIP THIS AD ×