Selebriti popular, Noor Neelofa menafikan wajah bayi yang dimuat naik di Instagram Story miliknya baru-baru ini ialah anak keduanya, Abdullah Abbas.
Artikel Berkaitan: Neelofa Bertukar Jadi ‘Zombie’, Layan Ragam Anak Bangun Setiap Jam Tengah Malam -‘Rasa Nak Nangis’
Artikel Berkaitan: Hasrat Neelofa Berpantang Cara Tradisional Tertunai, Import ‘Kak Dib’ Dari Terengganu -‘Road To 55kg’
Bukan Abbas
Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dia berharap orang ramai tidak tersalah faham dengan menyangka bayi tersebut adalah anak keduanya.
Ini bukan baby Abbas, jangan salah faham guys.
Terdahulu, Neelofa memuat naik beberapa perkongsian memperlihatkan wajah seorang bayi ketika melakukan sesi fotografi.
Biarpun hanya mendedahkan wajah bayi tersebut melalui pantulan cermin, namun perkongsian itu telah membuat orang ramai berasa teruja dengan menyangka bayi berkenaan adalah anak keduanya, Abdullah Abbas.
Aksi bayi berkenaan dirakam ketika dia sedang menjalani sesi fotografi khas dipercayai dilakukan di sebuah studio.
Melalui hantaran lain, pengacara Next To Neelofa itu turut memuat naik foto bayi itu sedang meniarap.
Untuk info, Abdullah Abbas yang dilahirkan pada 11 Julai lalu merupakan anak kedua daripada hasil perkahwinan Neelofa bersama pendakwah terkenal, Haris Ismail atau mesra dengan sapaan PU Riz.
Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Mereka turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Muhammad Bilal yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Instagram