berita

Neelofa Dedah Mula Jatuh Cinta PU Riz Selepas Jadi Imam Solat Tarawih 2 Tahun Lepas

May 11th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pengacara serta usahawan berjaya, Neelofa mendedahkan dia mula jatuh cinta terhadap suaminya, Haris Mohd Ismail ketika menjadi imam Solat Tarawih di rumah keluarganya pada dua tahun yang lalu (2020).

Artikel Berkaitan: ‘Kawan-Kawan Mak, Saudara Dari Kelantan & Besut Yang Kirim Duit Raya Untuk Bilal’ – Neelofa

Artikel Berkaitan: Anak Neelofa Dapat Duit Raya RM14 Ribu

Artikel Berkaitan: Tak Beli Baju Raya Banyak Untuk Bilal, Neelofa & Haris Ismail Lebih Pentingkan Kesihatan

Jadi imam Solat Tarawih

Pendedahan ini dibuat sendiri oleh pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor menerusi sebuah program, MeleTOP. Ujar Neelofa, PU Riz ketika itu menjadi orang terakhir dipanggil selepas beberapa nama lain yang tidak berkelapangan.

Kami pernah beberapa kali bekerjasama. Masa tu tahulah dia ‘handsome’ (kacak). Sewaktu puasa ketika Covid-19 tahun 2020, saya cari imam solat tarawih di rumah. Lepas tu, orang itu tak boleh, ini tak boleh.

Akhir sekali saya terfikir pernah kerja dengan PU Riz, jadi panggil dia sajalah. Bila panggil, pertama kali pergi rumah mak, Ya Allah, terjatuh cinta.

Bukan itu sahaja, PU Riz dilihat tersipu-sipu malu dan beberapa kali mencelah ketika isteri tersayang memperincikan momen manis itu.

Cerita macam ni malu, cerita sikit-sikit saja. Okay cukup, ringkas, padat dan sampai.

Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz berkahwin pada Mac tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 3 bulan.

Video penuh:

 

Sumber: MeleTOP

SKIP THIS AD ×