berita

Muatnaik IG Story Dalam Panggung, Neelofa Dikecam, Ini Respon MBO & GSC

July 23rd, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Sebelum ini penyanyi Ara Johari menerima kecaman teruk apabila memuatnaik Instagram story filem Avengers: Infinity War. Setelah dikritik, Ara kemudiannya memuatnaik status berbaur cabaran kepada netizen yang mengecam.

Terbaru, hos terkemuka Neelofa turut mengundang perhatian apabila memuatnaik story seakan sama.

Rakam dalam panggung

Seorang pengguna Twitter dengan nama Megat Aliff memuatnaik screenshot IG story usahawan popular itu beberapa babak dalam filem animasi Lion King dalam panggung wayang. 4 story dari babak filem itu dimuatnaik Neelofa kira-kira 6 jam lalu dan masih boleh didapati di akaunnya sehingga kini.

Lelaki ini bagaimanapun telah memadam tweet tersebut selepas viral dan mendapat perhatian ramai.

Boleh didenda RM20k

Akhbar Malaymail sebelum ini melaporkan 4 pengguna Instagram telah disekat kerana memuatnaik IG story filem Toy Story 4. Klip berkenaan dimuatnaik pada 28 Jun dan pada keesokannya pelaku menerima emel dari Instagram yang akaunnya disekat untuk sementara waktu selama 3 hari.

Menurut Hak Cipta 1987, pesalah boleh didenda sebanyak RM20 ribu dan dipenjara tidak lebih 5 tahun. Tahun lalu seorang lelaki diarahkan membayar RM100 ribu kepada Skop Productionss kerana memuatnaik filem Munafik 2 di laman sosial.

TGV respon

Pihak pawagam TGV Cinemas telah memberi respon dengan bertanyakan maklumat lanjut lokasi pawagam terlibat kerana tuduhan tersebut dilihat amat serius.

Beri contoh tak baik

Contoh positif dan negatif dalam masa terdekat

Sumber: Megat Aliff, Malaymail

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×