Seperti yang sudah sedia maklum, perjalanan trafik di Kuala Lumpur tidak dapat lari dari kesesakan lalu lintas, apatah lagi di waktu puncak. Update IGstory hos sensasi Neelofa yang diiriingi kereta polis meredah trafik sesak menimbulkan tanda tanya jika servis sebegitu wujud atau sebenarnya menggunakan tiket sebagai selebriti semata?
Ada ke servis?
Artis bleh request police escort ke smlm nengok ig neelopa dia guna police escort sambil ckp yukenduit abg polis utk ke launch oppo dia i mean is the service for hire? ? pic.twitter.com/F07vY3uyVf
— r/syazwani (@AnnieVeeee) October 16, 2019
Seorang pengguna Twitter bertanya di laman sosial itu berkenaan tindakan Neelofa yang diiringi kenderaan polis untuk ke sebuah acara. Dalam IGstory terbabit, Neelofa ada mengatakan perjalanan yang mungkin mengambil masa sejam 40 minit namun berjaya disingkatkan dengan iringan polis.
Netizen sahkan boleh guna escort
Pengguna laman sosial itu kemudiannya mengesahkan memang wujud servis sedemikian namun memerlukan surat permohonan sebelum iringan polis dibuat. Semestinya ada bayaran perlu dijelaskan antaranya RM400 untuk seorang anggota, dakwa seorang netizen.