berita

‘Celah Gigi Dia Je Tu’ – Nabila Terima Set Iron ‘Tercanggih’ Dari Neelofa, Harga Cecah RM13k!

March 3rd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Siapa saja tidak mengenali selebriti dan keluarga Neelofa. Setiap apa yang dilakukan dan dikongsikannya pasti menjadi perhatian ramai. Termasuk set seterika baju yang dihadiahkan Neelofa kepada kakak kesayangannya iaitu Noor Nabila.

Perkara tersebut bagaimanapun menjadi bualan netizen dan terkejut apabila mengetahui harga seterika tersebut cecah RM13,000 seunit!

Harga hampir RM13k!

Berdasarkan carian netizen menemui harga bagi seunit seterika yang dihadiahkan usahawan itu kepada kakaknya hampir mencecah RM13,000. Pendedahan tersebut dilakukan seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Dylawok dengan memuat naik tangkap layar InstaStory Nabila yang mengucapkan terima kasih kepada adiknya atas pemberian hadiah tersebut.

Terdahulu, Nabila menerusi InstaStory mengucapkan terima kasih kepada Neelofa kerana menghadiahkannya sebuah set seterika untuknya berpindah masuk ke rumah baharu nanti.

Entri berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi netizen, termasuk mempersoalkan ‘kecanggihan’ seterika tersebut yang dikatakan memiliki teknologi terkini selain mengambil kira faktor keselamatan.

Kecanggihan Laurastart Smart U

Seterika jenama Laurastart Smart U ini menggunakan teknologi Bluetooth dan dapat menghubungkan ke aplikasi mudah alih. Malah, seterika ini turut dilengkapi dengan ‘Sensteam’ dimana ianya dapat mengaktifkan wap, suhu yang tidak dapat membakar pakaian, plat tunggal aktif 3D, dan papan aktif yang mempunyai 4 tahap kelajuan. Sistem seterika ini antara paling tercanggih yang terdapat di dunia.

Sumber: Twitter Dylawok, Laurastar Smart

SKIP THIS AD ×