Berniqab sama sekali tidak menjadi penghalang untuk selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa menjadi duta produk. Terbaru, Neelofa telah dilantik sebagai duta pertama untuk jenama daripada Belanda bagi stroller dan kerusi kereta kanak-kanak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Simpati, Bangga Kaka Azraff Berani Bersuara Isu Palestin – ‘Pasti Ada Sesuatu Hikmah Baik Di Masa Hadapan’
Sesuai dengan fasa sebagai ibu
Ketika ditemui OhBulan!, Neelofa berbesar hati kerana masih diberi kepercayaan untuk menggalas tanggangjawab besar dengan penampilannya yang sudah berubah 180 darjah.
Saya berasa sangat gembira dengan pelantikan ini. Lebih lagi, saya teruja untuk berkongsi dengan ibu bapa di luar sana bagaimana produk berkualiti mampu menjadikan kehidupan seorang ibu bekerja seperti saya lebih mudah diurus dan perjalanan menjadi menarik dan indah.
Saya terima lamaran untuk bergelar duta kerana ia sesuai dengan fasa hidup saya. Lagipun, ketika itu, jenama ini masih belum ke depan jadi saya ingin create awareness mengenai produk ini.
Neelofa berkata demikian ketika majlis perlantikan dirinya sebagai duta stoller jenama antarabangsa Hamilton di Blossom A GlassMansion, pada Khamis.
Bukan sekadar pandang penampilan
Kata selebriti berumur 34 tahun, dia menyedari imej bukan semata yang dipandang untuk bergelar ambasador sebaliknya akan diambil kira bab personaliti, imej serta persona yang dibawa.
Ketika mula memakai niqab pada tahun 2020, jenama-jenama besar masih menjalin kolaborasi dengan saya. Terdetik dalam hati, ada lagi rezeki untuk saya berkerjasama dengan mereka.
Lama kelamaan saya sedar, menjadi wajah atau wakil sesuatu jenama bukanlah kerana penampilan semata-mata. Penilaian dilakukan menerusi bagaimana kita membawa jenama tersebut untuk diperkenalkan kepada orang ramai. Personaliti, karakter, vibes, persona dan aura, semuanya diambil kira oleh jenama.
Dalam pada itu, bekas hos program Nona bersyukur apabila Hamilton percaya dengan kekuatan brand ‘Neelofa’ dalam mempromosikan barangan kanak-kanak.
Syukur, niqab bukan penghalang. Saya terkejut apabila jenama stroller dan kerusi kereta ternama kanak-kanak seperti mahu menjalin kerjasama dengan saya.
Biarpun saya sendiri tidak mewujudkan akaun media sosial untuk anak-anak, tetapi mereka tahu kekuatan untuk mempromosikan itu datang dari saya.
Saya bersyukur atas kepercayaan yang diberikan dan berharap agar yang terjalin ini mampu memberikan kejayaan dan impak positif.
Untuk edisi kali ini, Hamilton melancarkan produk stroller dan kerusi kereta kanak-kanak World’s 1st 360 Degrees, S2 (cabin size stroller), X1 Plus (cabin size stroller) dan XL (50 litres oversized storage).