Nama pelakon dan usahawan terkenal Neelofa hangat diperkatakan di media sosial selepas ada yang mendakwa inai jenama Nunha tidak mesra wuduk.
Artikel Berkaitan: Neelofa Jawab Isu Inai Tak Mesra Wuduk & Warna Macam Kuku Terkepit Pintu
Artikel Berkaitan: Doa Neelofa Buat Muhammad Bilal
Dari awal yakin sah solat
Memetik laporan Harian Metro, Neelofa memilih untuk bekerjasama dengan pensyarah dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr Mohd Zul Helmi Rozaini bagi menjelaskan kekeliruan yang bermain di fikiran orang ramai terutama pembeli inai.
Kata selebriti terkenal berumur 33 tahun itu, dia berasa lega apabila dapat membuktikan dakwaan tersebut palsu semata-mata.
Saya dah tahu dari awal material produk ini halal dan sah solat, namum masih timbul keraguan dalam kalangan netizen dan menjadi tular.
Untuk saya buktikan kepada orang tak cukup dengan kata-kata. Jadi kami bekerjasama dengan UMT bagi menjawab segala keraguan.
Alhamdulillah, saya bersyukur dan seronok apabila hasil kajian dilakukan sememangnya membuktikan bahawa inai ini telap air.
Tambah pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, dia tidak dapat tidur lena memikirkan dugaan yang berlaku selain memberi kesan kepada perniagaan.
Jujur bila isu ini timbul kami memang tak tidur malam memikirkannya. Rasa sedih, kecewa dan geram. Tapi kami sedia maklum yang ramai risau. Jadi inilah usaha untuk menjelaskan semua keraguan.
Apa yang berlaku turut memberi kesan kepada perniagaan apabila ramai yang was-was untuk beli produk ini.
Tak tergamak nak tipu
Sementara itu, suami Neelofa yang juga pengasas bersama, Haris Ismail menegaskan mereka sangat menitikberatkan soal sah dibawa solat kerana ia melibatkan agama.
Kalau orang lain risau, kami lebih risau. Kerana sebagai peniaga, kami juga menjual atas tiket agama dengan memperkatakan produk ini sah di bawa solat.
Tak mungkin kami tergamak nak menipu pengguna. Kami reda dengan dugaan ini dan Allah bagi perhatian lebih apabila semua orang ambil berat.
Sebelum ini, ada pengguna mengukur inai jenama Nunha tidak sah dibawa solat dengan cara mengikis inai pada kuku. Selain itu, ada menyifatkan warna inai itu dikatakan seperti kuku lebam terkepit pintu.
Sumber: Harian Metro