Selebriti dan usahawan terkenal Noor Neelofa berkongsi mengenai perkembangan anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal yang hampir berusia dua tahun.
Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah, Itu Rezeki Neelofa & Berkat Taat Pada Suami’ – PU Riz
Artikel Berkaitan: Neelofa Jadi Duta Jenama Antrabangsa Hamilton, Berniqab Tak Jejas Rezeki
Semoga dalam jagaan Allah
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Neelofa berkata Bilal kini sudah boleh mengira, mengenal huruf-huruf Arab serta ABC. Lebih teruja, Bilal sudah boleh membaca Al-Fatihah serta beberapa sudah pendek pada usia setahun 10 bulan.
Sebagai ibu, saya tidak tahu nak cakap bangga macam mana apabila Bilal boleh sebut satu-satu huruf hijaiyah (huruf Arab). Kandungan memang saya ambil dan pilih untuk dia tengok. Semasa setahun 10 bulan, Masya-Allah dia boleh kira satu hingga 20, boleh kenal huruf kecil dan besar ABC, al-Fatihah, selawat dan alif ba ta serta surah-surah pendek.
Pada masa yang sama, Neelofa berkata segala penat lelahnya terbayar apabila melihat perkembangan anaknya itu. Ujar Neelofa, dia turut mengawal konten yang ditonton oleh anak-anaknya.
Tujuan di sini, memang penat mak ayah mahu kawal semua benda tetapi bab ‘screen-time’ dan kandungan apa mereka tengok rasa berbaloi untuk kawal walaupun penat. Semoga anak-anak kita sentiasa dalam jagaan, lindungan dan pengawasan Allah SWT.
Sumber: Neelofa