berita

Nekad Melangkah Ke Depan Tanpa Ada Perasaan Dendam, Shuhada Mengaku Diri Tidak Sempurna

March 17th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri memberitahu dia nekad untuk melangkah ke hadapan meskipun diuji dengan pelbagai dugaan sejak belakangan ini.

Artikel Berkaitan: ‘Allah Hadirkan Seorang Peguam Hebat Yang Akan Bantu Kita Sayang, Humairah & Umar’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafidz Roshdi Mengaku Tidak Bersalah, Mahkamah Perintah Jalani Pemeriksaan Mental Di Hospital Bahagia

Artikel Berkaitan: Keluarga Benar Hafidz Roshdi Kahwin Tanpa Izin Isteri? – Shuhada Balas Balik Surat Terbuka

Artikel Berkaitan: ‘Lawan! Allah Sentiasa Ada’ – Rakan Artis Beri Sokongan Moral Buat Shuhada

Tanpa rasa dendam

Menurut Shu, dia mahu meneruskan perjalanan dalam kehidupan tanpa mempunyai rasa dendam di dalam hati. Tambah Shu, dia mengambil keputusan tersebut demi anak-anak dan keluarganya.

Shu nekad nak melangkah ke depan tanpa berpaling lagi ke belakang. Biar Shu teruskan perjalanan tanpa ada perasaan dendam. Perjuangan ini secara jujurnya demi Humairah,Umar serta kedua ibu bapa Shu.

Ujar Shu lagi, dia sedar bahawa dirinya tidak sempurna.

Shu sedar yang diri ini tidak sempurna. Tapi Shu nekad demi anak-anak Shu untuk mencari kesenangan buat mereka.

Terdahulu, Shu sudah mula mempersiapkan diri untuk berdikari dan memulakan perniagaan atas talian miliknya dengan nama ‘Satu Tak Cukup’. Tambah Shu, dia tidak boleh bergantung hidup pada pihak berkenaan.

Shu pilih untuk bina sumber pendapatan Shu sendiri tanpa bergantung pada pihak yang berkenaan. Azam ini bukan azam sementara tapi azam mutlak!

Sumber: Shuhada

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×