berita

[VIDEO] Hafidz Roshdi Mengaku Tidak Bersalah, Mahkamah Perintah Jalani Pemeriksaan Mental Di Hospital Bahagia

March 13th, 2023 | by Alia
Isu & Kontroversi

Pelakon, Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini selepas hakim membaca pertuduhan berhubung kes mendatangkan kecederaan terhadap isterinya.

Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Tiba Di Mahkamah Dengan Tenang, Pakai Jaket & Spek Mata Hitam

Mengaku tidak bersalah

Pemilik nama Muhammad Hafidz Roshdi , mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan atas pertuduhan mencederakan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri pada 2 Mac lalu jam 3.32 pagi dengan menumbuk pipi kirinya sebanyak tiga kali sehingga meninggalkan kesan lebam, luka dan bengkak. Pengakuan itu dilakukan di hadapan Hakim yang bertindak sebagai Majistret, Siti Fatimah Binti Talib.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Binti Qamarul dan Eliza Amira Binti Habeeb Rahman memohon agar tertuduh untuk mendapatkan rawatan psikatari kerana didakwa mempunyai masalah kesihatan mental iaitu bipolar sebelum diikat jamin dijalankan.

Mahkamah diberhentikan seketika pada jam 9.45 pagi bagi memberi ruang perbincangan antara pihak peguam Hafidz Roshdi dan timbalan pendakwa raya.

Perlu menjalani rawatan di hospital bahagia

@ohbulanofficial Entah siapa yang salah, ku tak tahu… #ohublan #fyp #viral #sembangentertainment #hafidzroshdi #mengaku #tidak #bersalah #shuhadashukri ? original sound – OHBULAN!

Hakim yang bertindak sebagai majistret walau bagaimanapun telah memutuskan pelakon filem Pusaka itu dikenakan ikat jamin sebanyak RM4000 dengan seorang penjamin.

Dalam pada itu, dia juga turut dikenakan syarat tambahan yang pertama iaitu dia perlu menjalani rawatan dan pemeriksaan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan seperti yang dimohon oleh Timbalan Pendakwa Raya.

Syarat yang kedua, dia tidak boleh menganggu mangsa sepanjang kes berlangsung manakala syarat yang ketiga pasportnya perlu diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 9 Jun hadapan sebagai sebutan semula kes.

Terdahulu, aktor berusia 29 tahun itu didakwa atas pertuduhan mencederakan isterinya dan dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Syeksen 326 kanun yang sama.

Insiden tersebut terjadi rentetan isu kehadiran orang ketiga di dalam rumah tangga Hafidz dan Shuhada.

SKIP THIS AD ×