Di Afrika, Cape Town, seorang wanita bertindak mengikat giginya dengan ‘wayar pelangsing’ untuk memastikan rahangnya kekal tertutup. Pernah cuba untuk berpuasa namun usaha mengikat gigi adalah lebih drastik yang mendorongnya untuk melakukan kaedah tersebut.
Demi pembedahan payudara
@a_vee19 It’s gonna be a hectic 6 weeks but here goes, day 1 of #slimmingwires #slimming #weightloss #fyp #LVLUPHotline #fyp? #fypage #fypagetiktok #southafricantiktok #southa #diet
Menerusi laporan Oddity Central, wanita itu ingin mencapat berat badan yang ideal untuk membolehkannya menjalani pembedahan mengecilkan payudara. Sebelum ini, dia menggunakan kaedah puasa selang (intermittent fasting) dan berjaya hilang berat 12 kilogram (kg), namun dia tidak berpuas hati dengan beratnya itu.
Aviwe Mazosiwe telah membuat keputusan pada Jun lalu untuk mengikat wayar pada giginya supaya mulutnya sentiasa tertutup.
Saya terima banyak komen negatif namun saya tidak ingat semuanya. Saya cuba untuk tidak fokus kepada komen-komen sebegitu.
Saya akan teruskan usaha ini untuk mencapat berat badan yang ideal.
Selepas Mazosiwe memuat naik videonya di Tiktok, ramai netizen mengritik tindakannya itu.
Kaedah yang berkesan
Rentetan itu, Mazosiwe kehilangan sebanyak 14.3 kilogram selama tujuh minggu memakai wayar tersebut. Dia hanya bergantung pada makanan yang berbentuk cecair.
Saya sedar ianya agak keterlaluan, tapi cara ini membantu saya berdisiplin dalam mengamalkan ‘pemakanan sihat’ untuk tempoh yang panjang.
Walau bagaimanapun, kaedah mengikat gigi menggunakan ‘wayar pelangsing’ ini memang terkenal dalam kalangan masyarakat di Afrika Selatan. Kebanyakkan daripada mereka yang menggunakan kaedah ini membantu dalam mencapai berat badan yang ideal.
Sumber: Tiktok & Oddity Central