berita

Nelydia Senrose Belum Bersedia Untuk Kahwin?

April 22nd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Nelydia Senrose

Nampaknya adik-beradik Senrose iaitu Uqasha dan juga Nelydia ini masing-masing hangat mengisi ruangan gosip tempatan. Kedua-dua mereka pula menjadi tumpuan media dan peminat apabila keduanya kini sedang dilamun cinta bersama pasangan masing-masing.

Lebih menarik, Uqasha kini dikaitkan dengan pelakon, Pekin Ibrahim, manakala Nelydia pula bersama bekas kekasih Yuna, Qi Razali. Wah, sungguh hangat gosip percintaan kedua beradik ini kan?

Melalui laporan portal Gua hari ini, adik Uqasha iaitu Nelydia Senrose menjelaskan dia tidak menolak untuk berkahwin muda namun mendedahkan bahawa dirinya masih belum bersedia sepenuhnya.

“Saya tak pernah terfikir nak kahwin awal atau lambat. Kalau sudah jodoh kahwin pada usia muda, saya terima.

“Malah saya lebih terbuka untuk berkahwin pada usia yang masih muda kerana saya percaya perkahwinan dapat mengajar erti hidup. Tapi buat masa ini, saya belum 100 peratus bersedia,” ujar Nelydia.

Nelydia turut memberitahu antara faktor tarikan Qi terhadap dirinya ialah sifatnya yang matang.

“Qi bukan seorang yang berfikiran sempit. Dia mempunyai pemikiran yang jauh tentang masa depan. Saya selesa dengan sifatnya yang matang dan dia sentiasa memberi nasihat.”

Baguslah jika begitu. Tapi janganlah pula gunakan peluang sebegini hanya untuk menjual nama melalui kontroversi.

SKIP THIS AD ×