berita

Nelydia Senrose Tanya Cara Pakai Tudung, Peminat Teruja Kongsi ‘Tutorial’

March 1st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas pulang mengejarkan umrah pada Disember tahun lalu, pelakon Nelydia Senrose dikatakan sudah mengenakan hijab.

Kongsi cara pakai tudung

Terbaru, Nelydia, 28, dilihat kerap berkongsi koleksi foto manis mengenakan tudung di Instagram (IG). Menerusi kapsyen ditulis, adik kepada aktres Uqasha Senrose ini meminta peminatnya untuk berkongsi cara mengenakan tudung yang sesuai dengan bentuk wajahnya.

Berkongsi foto mengenakan selendang, pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen sedang bercuti di London bersama suami tercinta, Mohd Hafez Halimi.

Peminat puji

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji penampilan pelakon drama Setia Hujung Nyawa yang nampak lebih cantik.

Ada juga segelintir wargamaya yang tidak lokek berkongsi cara pemakaian yang boleh digayakan kakak kepada pelakon Raysha Rizrose.

@aida_mohamad: Dah cantik. Muka bulat ke petak ke cantik sangat dah ni. Semoga dapat teruskan insya-Allah.

@camillascarf: Pakai shawl lagi better buat stail loose. Lilitan shawl pun jangan terlalu ketat. Tudung bawal pula cuma perlu lipat sedikit je kat tepi. Kalau tudung bawal, bentukkan awningnya panjang sedikit.

@fareiza_arianna: Awak pakai la tudung cara macam mana pun dijamin tetap lawa. Percayalah!

@faqiha.arshd: Pakai bawal, tapi jangan pakai style macam Mira Filzah yang rapat ke dahi tu. Pakai bagi ada muncung sikit.

Pada hujung tahun lalu, Nelydia berpeluang ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah bersama Uqasha Senrose, Kamal Adli dan Aprena Manrose.

Sekadar info, Nelydia berkahwin dengan seorang ahli perniagaan pada 6 April 2019 dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka.

Sumber: Instagram @nelydiasenrose

SKIP THIS AD ×