Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita berusia 95 tahun telah diperkosa oleh jirannya iaitu seorang lelaki warga emas berumur 65 tahun dalam kejadian di perkampungan Sukakarya, Wilayah Bekasi, Jawa Timur baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Tiga Remaja Lelaki Bawah Umur Didakwa Rogol Budak 12 Tahun Di Bilik Hotel
Artikel Berkaitan: Nenek 77 Tahun Maut Selepas Hampir Dirogol Duda Gila Seks
Dimasukkan ke hospital
Gambar sekadar hiasan
Menurut laporan Detik News, nenek berkenaan dilaporkan jatuh sakit setelah diperkosa sehingga terpaksa dirawat di hospital. Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan memaklumkan kejadian tersebut berlalu pada petang 5 Februari lalu.
Difahamkan, kejadian telah disedari oleh anak saudara mangsa yang telah datang ketika itu untuk menghantar beras. Setakat ini pihak polis belum mendapatkan keterangan daripada mangsa kerana keadaan mangsa yang sedang sakit.
Nenek ini juga sudah nyanyuk dan saksi kurang. Jadi, pelaku telah ditangkap oleh anak saudara mangsa yang mahu hantar beras. Mangsa tidak ditutupi sehelai benang tetapi pelaku hanya memakai baju dan tidak berseluar ketika itu.
Bukan itu sahaja, si pelaku juga dikhabarkan jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital selepas kejadian itu. Dia sedang menerima rawatan sambil dijaga oleh anggota polis. Malah difahamkan, kejadian berkenaan telah viral di media sosial sehingga mencetuskan buah mulut masyarakat setempat.
Sumber: Detik News