
Bukan sahaja aksi cemerlang Lionel Messi menjadi perhatian ketika Argentina menewaskan Austria 2-0 dalam aksi Piala Dunia 2026, malah kemunculan seorang penyokong berusia 100 tahun di tempat duduk penonton turut mencuri tumpuan.
Artikel Berkaitan: Cristiano Ronaldo Buktikan Pengkritik Silap, Ledak Dua Gol & Cipta Sejarah Baharu World Cup 2026
Artikel Berkaitan: World Cup 2026: Ronaldo Nobat Messi GOAT – ‘Dia Pemain Terbaik Sepanjang Zaman’
Peminat tegar Messi
Ketika siaran langsung berlangsung, kamera televisyen sempat memaparkan seorang wanita warga emas yang memakai jersi Argentina sambil memegang sepanduk bertulis “Saya berusia 100 tahun dan peminat Messi”, sekali gus mengundang pelbagai reaksi di media sosial.
Wanita tersebut dikenali sebagai Pauline Kana atau lebih mesra disapa Granny Smith dan Gangster Granny iaitu seorang pencipta kandungan dari Amerika Syarikat yang popular menerusi video bersama cucunya, Ross Smith.
Ini bukan kali pertama Kana mencuri perhatian di stadium kerana sebelum ini beberapa kali hadir menyaksikan perlawanan Inter Miami dengan membawa pelbagai sepanduk lucu untuk Messi termasuk “Messi, will you marry me?” dan “I love you, age is just a number”.
Kemunculannya di Piala Dunia kali ini menjadi lebih bermakna apabila berlaku pada malam Messi menjaringkan dua gol untuk membantu Argentina mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati.
Dalam aksi tersebut, kapten Argentina itu sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pemain paling berpengaruh dalam sejarah kejohanan.
Selain dikenali sebagai penyokong tegar Messi, Kana juga merupakan personaliti media sosial yang memiliki jutaan pengikut bersama cucunya menerusi kandungan berbentuk komedi.
Malah, namanya pernah tercatat dalam Rekod Dunia Guinness selepas menjadi individu tertua melakukan aksi crowd surfing pada usia 99 tahun.
Kini, pada usia satu abad, Kana sekali lagi mencuri perhatian dunia apabila menjadi antara penyokong paling istimewa yang hadir menyaksikan kehebatan Messi di pentas Piala Dunia.
Sumber: Sinar Harian