Sekadar gambar hiasan
Ibu bapa merupakan insan yang banyak berkorban masa dan tenaga mereka untuk membesarkan anak-anak. Pengorbanan mereka sangat bernilai sehingga tidak boleh dibalas dengan wang ringgit.
Artikel Berkaitan: Wanita Kesal Mentua Minta Bagi Seorang Anak Pada Kakak Ipar Selepar Lahirkan Kembar Tiga – ‘Dia Cakap Kalau Bagi Tak Luak Pun’
Namun berbeza pula dengan kisah seorang individu ini yang meluahkan rasa kurang senang dengan kunjungan ibu bapa kandungnya ke rumah.
Rimas mak ayah datang rumah?
Sekadar gambar hiasan
Menerusi hantaran yang dikongsikan semula di platform X, individu yang tidak mendedahkan identiti ini mengakui penat kerana perlu melayan ibu bapa yang sering mengunjunginya ke rumah.
Bukan itu sahaja, individu ini juga memaklumkan kehadiran dua insan berharga itu kadangkala membuatnya berasa rimas dan tertekan.
Sehari dalam seminggu mesti aku stress dan rimas sebab ibu bapa aku suka datang dekat rumah masa aku baru balik daripada kerja.
Dah lah aku penat balik dari kerja nak rehat, ni tak pasal-pasal nak kena layan diorang pula. Padahal minggu kepas baru je aku pergi rumah diorang.
Walau bagaimanapun, luahan tersebut mendapat kritikan dan kecaman ramai. Menurut warganet, individu itu tidak sepatutnya mempunyai perasaan dan fikiran sedemikian terhadap insan yang telah banyak bersusah payah melahirkan dan membesarkan anak-anak.
Tidak kurang juga, ada dalam kalangan warganet yang sudah kehilangan ibu bapa tercinta menasihati individu ini agar lebih bersyukur dan menghargai dua insan itu sementara mereka masih ada di dunia ini.
Macam tu la kau time kecil, menyemak mak penat balik kerja kau merengek nak tu ini. Eh aku lah.. Abah kau dah meninggal baru kau tau lah. Sehari je mat kau merentan macam apa.’
Kau fikir penat kau je. Kau tak fikir pulak penat parents kau masa kecil diorang balik kerja tak sempat nak rehat nak me-time, nak kena cuci taik kuning hijau kau masa kecil. Kau tak fikir pulak penat diorang jaga kau sampai besar panjang ni? Fikir penat kau sorang je. Masa diorang dah suntuk dah.
Hanya datang rumah pun dah merungut, sekali seminggu je pulak tu. Aku ni both parents dah tak ada, rindu setiap hari nak borak gelak sama-sama. Moments ni tak boleh dapat balik dah. Appreciate them every single seconds! Jangan dah tak ada baru menyesal!
Kalau parents kau pun buat macam ni masa kau kecil dulu dah lama dah kau tak merasa hidup dalam dunia.
Pegi kahwin dapat anak. Rasa dulu susah payah besarkan anak. Konfem kau takde terlintas pun nak cakap macam ni.
Sumber: X MeinMokhtar