Tergamaknya tindakan ibu bapa apabila sanggup meninggalkan anak kembar mereka yang masih kecil kepanasan di dalam kereta.
Artikel Berkaitan: Bapa Terjun Lombong, Tinggalkan Anak Dalam Kereta Selepas Dikejar Polis, Bila Disiasat Rupa-Rupanya…
Sibuk beraya sakan
Menerusi hantaran Facebook dibuat pengguna bernama Nana Nandos, dia berkongsi detik dirinya menjumpai dua kanak-kanak kembar yang ditinggalkan di dalam kereta dengan enjin yang bertutup.
Didakwa, kedua anak kecil itu ditinggalkan ibu bapanya yang pergi beraya ke rumah kenalan mereka.
Anak-anak ditinggalkan di dalam kereta berkunci untuk beraya ke rumah terbuka. Enjin kereta dimatikan hanya tingkap di buka sedikit. Terdengar tangisan budak dari dalam kereta, anak kembar dalam keadaan takut dan menangis.
Noni kemudiannya memaklumkan bahawa ibu bapa kepada anak kembar itu muncul selepas hampir 30 minit mereka menunggu.
Namun apa yang menggeramkan Noni ialah riak wajah yang ditunjukkan ibu kepada dua anak yang seakan tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Sempat berikan air kotak untuk tenangkan mereka dan tunggu lebih kurang 30min untuk ibu ayah mereka kembali. Eh, ibu ayah dengan atuk nenek sekali la pergi beraya, cucu dlm kereta ek? Dapat la angkat tangan sambil sengih-sengih kerang manja dari ibu ayah. Mak dia, buat bodoh je, muka tk bersalah.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan tindakan ibu bapa kepada anak kembar berkenaan dan ada yang berpendapat agar perbuatan mereka itu wajar dibawa ke muka pengadilan kerana mendedahkan anak kepada bahaya.
Sumber: Facebook