
Trend menghasilkan gambar meme menggunakan teknologi kecerdasan pembuatan (AI) yang memaparkan wajah pelawak dan pelakon, Zizan Razak dalam pelbagai karakter telah mencuit hati warganet.
Namun, terdapat beberapa gambar yang didakwa telah disunting sehingga melanggar batas agama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Dah Macam Adik-Beradik’ – Zizan Razak Jawab Usikan Netizen Cuba Jodohkan Dengan Ira Kazar
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zizan Razak ‘Surprise’ Abang Kereta Idaman, Netizen Puji Utamakan Keluarga – ‘Patutlah Murah Rezeki’
Gambar Zizan disunting

Menerusi sebuah hantaran, seorang individu meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan segelintir pihak yang didakwa terlalu taksub menjana imej tersebut.
Jangan melampau kalau nak bergurau tunggang isu Zizan AI pun. Makin melarat dan menjadi-jadi.
Menurut individu berkenaan, tiada masalah untuk bergurau, namun orang ramai tidak sepatutnya menyentuh perkara-perkara sensitif atau yang bertentangan dengan syariat sehingga mengaibkan seseorang.
Haram melawak kalau ada unsur mengaibkan, lelaki menyerupai wanita, menyerupai unsur agama lain, lelaki berpakaian wanita dan membuka aurat.
Tambah individu itu lagi, tindakan sedemikian mungkin dianggap sekadar hiburan, tetapi setiap perbuatan yang salah akan menanggung dosa.
Melawaklah tak mengapa, silakan.
Tapi jangan melampau sampai hukum dan batas pun habis hancur. Nak tunggang isu pun berpada-pada.
Nampak lawak tapi dosa itu yang kita takutkan, sebab ia akan dibawa berhadapan dengan timbangan Al-Mizan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan individu terbabit bahawa penggunaan AI seharusnya dimanfaatkan secara beretika.
Dalam masa yang sama, mereka juga mencadangkan Zizan supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didakwa melampaui batas.
Sumber: Threads





![[VIDEO] Lelaki Penghidap Penyakit Iktiosis Kongsi Cabaran Hidup – ‘Orang Tak Boleh Tengok, Mereka Takut Berjangkit’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/iktiosis-man.jpg)


