Pada Sabtu lalu berlangsungnya konsert A Night With Aina Abdul 3.0 di Axita Arena, Bukit Jalil dan sebelum itu, pihak Aina telah mengeluarkan poster konsert tersebut dengan tema warna merah.
Bagaimanapun ‘posing’ Aina pada poster berkenaan telah mendapat perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Berhabis RM400k Untuk 5 Busana Mewah Di Konsert A Night With Aina Abdul 3.0, Paling Mega Gaun Biru Berasap!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pendakwah Tegur Artis Tutup Aurat Tapi Baju Pelik – ‘Allah Akan Pakaikan Pakaian Api Neraka’
Dakwaan netizen
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang individu tampil mendakwa poster konsert Aina tersebut seakan kelihatan seperti tanda salib.
Dalam pada itu, individu berkenaan juga sempat menitipkan nasihat buat pelantun lagu Semalam tersebut supaya menitik beratkan setiap tindakannya dengan sensitiviti agama selain memintanya untuk bermuhasabah diri.
Apa benda ni Aina? Letih la kau ni lepas satu satu. Apa benda yang merentan jiwa kau ni? Ada je yang kau nak buat luar biasa ya.
Ini macam tanda salib, kau dah macam tak ada agama dah Aina Abdul. Bawa-bawa muhasabah diri. Takut nak cakap banyak sebab kita pun ada keturunan, dah nak akhir-akhir zaman kau macam ini pula.
Ini apa tanda ni? Freemason? Buka TikTok nampak gambar kau, seriau tengok. Ini dalam gereja ke? Bawa mengucap Aina, minta pandangan orang tua lain kali.
Individu terbabit turut menzahirkan kerisauan berikutan Aina antara selebriti yang diminati oleh anak-anak muda selain mencadangkan agar penyanyi berkenaan mencontohi keperibadian Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Risau, inikan idola budak-budak zaman sekarang.
Tak boleh ke ambil album cover macam Datuk Siti Nurhaliza macam dulu-dulu? Saya bukan nak membandingkan tapi Siti Nurhaliza sangat merendah diri.
@kurungbyzaimexclusive #shouldbeme ghisau kadang2.. haha.. bawa2 mengucap.. tachod
? original sound – Kurungbyzaimexclusive – Kurungbyzaimexclusive
Sumber: TikTok