berita

Netizen Dakwa Nampak Bayang Aliff Aziz Pada Skrin Telefon, Tuduh Jadi Dalang Sebar Fitnah Isteri?

April 3rd, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Nama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menjadi perhatian ramai susulan dakwaan mempunyai hubungan cinta bersama seorang pelakon baharu dikenali sebagai Muaz Zabir.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tersebar Foto & Perbualan Mesra Didakwa Bella Astillah & Muaz Zabir, Netizen Minta Jangan Fitnah – ‘Nampak Macam Edit Je’

Bayang didakwa mirip Aliff

Terbaru di TikTok, rata-rata netizen mendakwa Aliff Aziz merupakan dalang di sebalik penyebaran perbualan mesej dan foto isterinya. Aliff didakwa melakukan perkara tersebut selepas netizen menyedari salah satu tangkap layar yang dipaparkan menampakkan pantulan bayang seorang lelaki menerusi skrin telefon.

Susulan daripada itu, netizen mendakwa bayangan tersebut seakan-akan mirip Aliff yang sedang mengambil gambar perbualan mesej di antara Bella dan Muaz.

Walau bagaimanapun, tiada siapa dapat mengesahkan mengenai perkara tersebut sama ada benar ataupun tidak bayangan pada skrin itu adalah Aliff.

Terdahulu, khabar angin itu tercetus susulan tularnya beberapa foto mesra yang didakwa mirip Bella dan Muaz. Tidak terhenti di situ, menerusi perkongsian di akaun TikTok Edisi Umat turut memuat naik tangkap layar perbualan romantis yang didakwa terjadi antara kedua-dua pelakon itu.

Perbualan tersebut didakwa berlaku sekitar Oktober 2023, malah terlihat kedua-dua individu itu berbalas mesej dengan menggunakan kata-kata romantis seperti pasangan kekasih.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×