berita

Netizen Desak Syada Amzah Cari Kerja & Berhenti Canang Aib Keluarga – ‘Dah La Kakak Tanggung, Banyak Bunyi Pula’

October 12th, 2023 | by Alia
Kini Trending

syada kerja

Gara-gara dakwaan dihalau dari rumah dan konflik keluarga yang sedang melanda, akaun media sosial penyanyi, Syada Amzah telah diserang oleh warganet sejak semalam.

Artikel Berkaitan: Syada Amzah Kunci Mulut, Enggan Ulas Dakwaan Dihalau Dari Rumah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adik Lelaki Sulung Dakwa Shila Amzah Terajang Pintu, Pernah Janji Tak Akan Jual Rumah Pusaka – ‘Dia Ingat Duit Boleh Bawa Mati’

Artikel Berkaitan: Shila Amzah Mengaku Nak Jual Banglo Didiami Keluarga – ‘Rumah Itu Kusam & Sedih, Saya Mahu Belikan Kondo Baru’

Boleh tanggung diri sendiri

syada kerja

Tinjauan OhBulan! di ruangan komen akaun TikTok milik Syada mendapati, rata-rata warganet mendesak dirinya untuk berdikari memandangkan dia sudah berusia 25 tahun dan boleh mencari pendapatan sendiri.

Lemak tepu ni, dah la kakak tanggung banyak bunyi pula. Dah tahu sendu pandai-pandai lah pergi temu duga kerja.

Syada kerja Syada, jaga aib keluarga.

Syada kerja la, beli rumah sendiri jangan menumpang rumah kakak. Pesan dekat Syafiq juga.

Dalam pada itu, warganet juga berharap agar perhubungan mereka adik beradik dapat diperbaiki memandangkan pengorbanan yang telah banyak dilakukan oleh Shila terhadap keluarganya.

Bersyukurlah ada kakak yang sangat-sangat membantu. Hargailah dia, sayanglah dia. Bukan senang nak dapat adik beradik yang ada susah senang bersama.

Hal keluarga simpan rapat-rapat, jangan la dicanang merata-rata. Hormatilah ibu dan kakak awak.

Awak tak boleh menyalahkan kakak awak 100%, dia yang mencari nafkah. Sekarang ini awak kena berdikari.

Sementara itu, terdapat juga komen-komen berbaur sindiran yang ditinggalkan warganet dengan mendakwa Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah hanya menumpang populariti Shila.

Terdahulu, kemelut antara anak-anak kepada penyanyi veteran Datuk ND Lala bermula apabila Syada mendakwa terdapat beberapa orang individu yang tidak dikenali datang melihat rumah meskipun tiada sebarang notis dikeluarkan untuk menjual kediaman berkenaan.

Susulan itu, Syada memaklumkan bahawa dia sedang mencari rumah sewa untuk keluarganya.

Tidak berdiam diri, Shila kemudian tampil mengaku bahawa dia mahu menjual rumah tersebut kerana berhasrat untuk membeli sebuah kediaman baru.

Walau bagaimanapun, adik lelaki Shila iaitu Syafiq menafikan kenyataan tersebut dengan mendakwa bahawa pelantun lagu Patah Seribu itu bertindak sedemikian kerana wang.

Sumber: TikTok Syada

SKIP THIS AD ×